• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecoh Wakil PM Diserbu Penduduk PPR Taman Manggis

oleh
08/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Keadaan di hadapan pusat pentadbiran kerajaan negeri di Komtar di sini kecoh apabila kumpulan penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis yang diusir sebelum ini dan beberapa pimpinan NGO menyerbu Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya.

Semuanya berpunca disebabkan Abu Bakar yang meninggalkan mereka begitu sahaja tanpa sebarang perbincangan dilakukan semasa lawatannya petang tadi.

Abu Bakar yang hadir ke Komtar kira-kira jam 7.40 itu dilihat hanya sempat berbual dengan beberapa orang penduduk yang terlibat dan kebanyakannya perempuan.

Ketika itu, beberapa penduduk lain dan pimpinan NGO sedang menunaikan solat Maghrib dan Abu Bakar berlalu pergi ketika mereka baharu sahaja selesai solat.

Berang dengan tindakan itu, penduduk bersama pemimpin NGO termasuk badan bertindak menyelamatkan penduduk PPR Taman Manggis mengejar Abu Bakar yang sedang berjalan menuju ke arah kenderaannya.

Difahamkan, dia terpaksa bergegas ke Tanah Wakaf Abdul Cauder, Jalan Mengkuang di Butterworth bagi mendengar permasalahan yang berlaku di sana.

Mereka cuba menghalang Abu Bakar daripada keluar ke pintu tempat letak kereta namun pasukan keselamatan dan polis yang berada di lokasi kejadian berjaya menenangkan keadaan.

Kumpulan berkenaan kemudiannya berkumpul di hadapan pintu keluar kenderaan di Komtar bagi menghalang kereta Abu Bakar meninggalkan kawasan Komtar.

Bagaimanapun, tidak kelihatan kenderaan yang membawa Abu Bakar keluar daripada bangunan berkenaan.

Terdahulu dalam sidang media, Abu Bakar berkata,dia datang ke Pulau Pinang bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan isu pengusiran penduduk PPR Taman Manggis dan penduduk Tanah Wakaf Abdul Cauder, Jalan Mengkuang.

Menurutnya, semua pihak harus bertenang dan memberi kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa dalam menyelesaikan segala isu yang berbangkit.

“Saya datang ke sini bagi mengumpul maklumat dan mendengar sendiri apa yang berlaku dan saya percaya semuanya akan dapat diselesaikan dengan baik.

“Saya menasihatkan kepada orang ramai supaya jangan terpengaruh dengan berita yang tidak sahih dan patuhlah dengan arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menerusi laman twitternya menyatakan telah dimaklumkan mengenai masalah yang menimpa penduduk di Tanah Wakaf Abdul Cauder, Jalan Mengkuang.

Beliau telah mengarahkan pegawainya bagi meninjau masalah yang dihadapi penduduk tersebut. – Sinar Harian

Tags: Mahathir MohamadPPR Taman ManggisPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan mengapa projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor tidak...

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

30/05/2026
0

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang akan menugaskan seramai 125 pegawai dan anggota bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan orang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd