• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kakitangan, Bekas Pekerja Invoke Malaysia Positif Dadah

oleh
06/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUA kakitangan dan seorang bekas pekerja firma penyelidikan data, Invoke Malaysia yang ditahan bersama sejumlah dadah di sebuah unit kondominium di Taman Mutiara, Jinjang pada Ahad lalu disahkan positif dadah jenis ganja.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, keputusan tersebut berdasarkan hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap dua wanita dan seorang lelaki berusia antara 25 hingga 30 tahun.

“Berdasarkan siasatan awal dilakukan, dadah jenis ganja seberat 75 gram yang ditemui dalam serbuan itu dipercayai bagi kegunaan ketiga-tiga suspek berkenaan dan bukan untuk pengedaran.

“Siasatan lanjut berhubung kes itu sedang dijalankan dan kesemua suspek masih direman selama enam hari bermula 3 hingga 8 Mac ini mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program ‘High Profile Policing’ di sebuah pasaraya di Taman Midah, Cheras, di sini, hari ini.

Pada Ahad lalu, polis menahan pegawai eksekutif, pereka grafik dan bekas kakitangan sebuah firma penyelidikan selepas menemui sejumlah dadah di sebuah unit kondominium di Taman Mutiara, Jinjang.

Tags: dadahinvoke Malaysia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perubahan Kerusi Parlimen Minggu Depan

Next Post

UMNO Sedia Sokong Tun Mahathir

Related Posts

Pemandu Bot Terbalik Di Pulau Perhentian Positif Dadah, Miliki 5 Rekod Lampau

Pemandu Bot Terbalik Di Pulau Perhentian Positif Dadah, Miliki 5 Rekod Lampau

29/06/2025
0

BESUT - Pemandu yang terlibat dalam insiden bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu didapati mempunyai lima...

Sistem Kawalan Keselamatan AI Kekang Penyeludupan Dadah Guna Kurier

Sistem Kawalan Keselamatan AI Kekang Penyeludupan Dadah Guna Kurier

24/06/2025
0

Kuala Lumpur: Taktik penyeludupan dadah melalui penghantaran kurier dikekang menerusi pembangunan sistem kawalan keselamatan berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI). Ia...

Next Post

UMNO Sedia Sokong Tun Mahathir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd