• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaji Wajib Suntikan Imunisasi Sebelum Masuk Sekolah

oleh
01/03/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KERAJAAN sedang mengkaji kemungkinan mewajibkan hanya kanak-kanak yang telah menerima suntikan vaksin imunisasi dibenar memasuki sesi persekolahan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, cadangan itu akan dikaji secara terperinci.

“Memang itu salah satu apa yang kita syorkan supaya menjadi pencegahan terhadap penyakit,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Yayasan Petronas di sini hari ini.

Isnin lepas, beberapa pihak termasuk Persatuan Doktor Islam Malaysia dan I-MEDIK Malaysia menyarankan langkah itu dilaksana bagi melindungi kesihatan kanak-kanak daripada penyakit yang boleh dicegah seperti difteria dan campak.

Ini berikutan kes seorang kanak-kanak dua tahun di Johor yang disahkan tidak pernah menerima suntikan vaksin difteria meninggal dunia minggu lepas akibat penyakit itu.

Lima lagi kanak-kanak yang dilaporkan pernah berada dan berhubung secara terus dengan mangsa juga disahkan positif penyakit difteria.

Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, menegaskan bahawa vaksin imunisasi adalah selamat dan ia tidak harus diragui kerana Jabatan dan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga mengesahkan mengenai status halalnya.

Katanya, pencapaian program imunisasi pada tahun 2017 ialah 88 peratus daripada 95 peratus yang disasarkan.

“Kita galakkan ibu bapa untuk benarkan suntikan imunisasi kepada anak mereka. Jangan dengarlah (dakwaan kumpulan anti-vaksin).

“Memang mungkin ada satu dua (kes yang menpunyai reaksi negatif). Itu malang, tetapi yang lain tu, vaksin adalah selamat,” katanya.

Tags: Imunisasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

376,909 Dos Vaksin Diberi Semalam, Tertinggi Dalam Sehari

09/07/2021
0

KUALA LUMPUR - Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sekali lagi mencatatkan jumlah pemberian vaksin harian tertinggi dengan 376,909 dos vaksin...

Vaksinasi Harian Covid-19 Terus Meningkat

18/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Vaksinasi harian bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan terus mencatatkan peningkatan dengan pemberian 221,706 dos semalam, sekali gus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd