• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Bayaran RM1.4 Juta, SPRM Siasat Bos GLC

oleh
04/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat seorang ketua syarikat berkaitan kerajaan (GLC), yang didakwa membayar RM1.4 juta untuk PAS menyelesaikan kes di luar mahkamah, antara pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, lapor The Malaysian Insight.

Portal berita itu melaporkan bahawa sumber SPRM memberitahu individu terbabit disiasat di bawah undang-undang pengubahan wang haram, berikutan dana yang dipindahkan daripada beberapa akaun dikaitkan dengannya sebelum dipindahkan kepada Rewcastle Brown.

Pada 1 Februari lalu, Abdul Hadi dan Rewcastle Brown menyelesaikan kes di luar mahkamah berhubung saman fitnah yang difailkan oleh Abdul Hadi terhadap Rewcastle Brown di London, pada 21 April 2017, serta menarik balik tuntutan berhubung artikel yang mendakwa PAS menerima RM90 juta daripada bekas presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menafikan terdapat sebarang bayaran dibuat oleh PAS atau Abdul Hadi bagi menyelesaikan kes mahkamah itu.

Sarawak Report kemudian memberitahu, sejumlah RM1.4 juta telah dibayar oleh PAS untuk menyelesaikan kes saman itu. – The Star

Tags: Clare Rewcastle-BrownKTMBSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

30/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd