• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri, 2 Anak Bekas CEO Cradle Fund Ditahan Polis

oleh
04/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISTERI kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle Fund), Allahyarham Nazrin Hassan, Samirah Muzaffar akan dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini berhubung kes pembunuhan suaminya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, turut didakwa berhubung kes itu adalah dua anak lelakinya berumur 15 dan 17 tahun dan seorang lagi masih bebas pada pukul 2.00 petang ini.

“Pihak Jabatan Peguam Negara mengeluarkan arahan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan terhadap mereka.

“Tiga individu itu ditahan di kediaman mereka pukul 6.45 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dilapor berkata, polis telah menyerahkan laporan siasatan hasil bedah siasat kedua Nazrin kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 22 Februari lepas.

Sebelum ini, Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 1 Oktober 2018 membenarkan permohonan polis untuk menggali semula kubur Allahyarham Nazrin bagi membolehkan bedah siasat kali kedua dijalankan untuk membantu siasatan polis berhubung kematiannya itu.

Pada 3 Ogos tahun lepas, kematian Nazrin diklasifikasi sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas siasatan bomba menemukan kesan petrol di lokasi kebakaran.

Nazrin maut dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes, Petaling Jaya, pada 14 Jun tahun lepas yang pada mulanya dilaporkan sebagai berpunca daripada letupan telefon bimbitnya.

Tags: CEO Cradle Fundkes bunuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd