• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ingat Titah Agong Jangan Persenda Agama Islam

oleh
11/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyambut baik titah Yang di-Pertuan Agong Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mengingatkan rakyat agar tidak mempersendakan agama Islam.

Dr. Mahathir berkata, titah ucapan Yang di-Pertuan Agong menyentuh semua aspek terutamanya bersatu padu dan juga soal agama Islam.

“Agong menitahkan agar rakyat di negara ini tidak mempersendakan agama Islam, tidak salah tafsir tentang agama dan memahami ajaran dan fahaman agama lain dengan lebih baik.

“Keseluruhan teks titah baginda amat komprehensif, malah turut menyentuh hal ehwal ekonomi,” katanya ketika ditemui media selepas Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-14, di sini hari ini.

Terdahulu, Agong dalam ucapannya menitahkan bahawa, baginda percaya kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan yang perlu difahami sedalam-dalamnya oleh setiap warganegara tanpa mengira bangsa dan agama.

“Islam bukan sekadar sebuah agama yang eksklusif untuk kumpulan tertentu,malah ia merupakan cara hidup yang universal dan membawa rahmat buat sekalian alam.

“Beta Amat menyokong usaha kerajaan untuk mempromosikan nilai dan budaya Islam melalui pendekatan Rahmatan lil-alamin dan maqasid syariah berdasarkan ajaran Islam yang sebenar yang diterjemahkan melalui tingkah laku dan keperibadian unggul rakyat Malaysia dan seterusnya menjadi model Malaysia iaitu model negara Islam berbilang kaum yang boleh dicontohi dunia luar.

“Dalam memperkukuh ajaran Islam di negara ini, agama-agama lain perlu dihormati dan keharmonian dan kesejahteraan hidup kita semua,” titahnya.

Tags: agama islamAl-Sultan AbdullahMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India 

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India 

29/10/2025
0

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India  Oleh Mynewshub  Istilah pembersihan etnik merujuk kepada usaha sistematik untuk mengusir,...

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Disaman RM310 Juta

Al-Sultan Abdullah Dukacita Laporan Portal Berita Bersifat Fitnah

31/03/2024
0

KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dukacita dan kecewa berhubung laporan sebuah portal berita yang tersasar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd