• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Henti Tular Video Ayam Berulat Restoran Nasi Vanggey

oleh
11/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pihak pengurusan Restoran Nasi Vanggey meminta orang ramai agar memadam dan menghentikan sebaran gambar dan video kononnya ayam masak merah di restoran berkenaan berulat.

Pengurusnya, Azlan Shah Saiful Jaafar Sadik, 28, berkata, apa yang dipaparkan di media sosial itu tidak benar sebaliknya sengaja diada-adakan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi tujuan merosakkan reputasi perniagaan.

Malah katanya, pihaknya juga telah membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam kelmarin, bagi membolehkan tindakan lanjut diambil terhadap pihak tersebut.

“Saya minta semua pihak agar tidak menyebarkan berita palsu. Dakwaan itu (ayam berulat) adalah fitnah dan tidak benar sama sekali.

“Tujuan saya mengadakan sidang akhbar hari ini pun untuk menjelaskan hal sebenar agar pelanggan tidak salah faham sekali gus membersihkan nama kedai,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, satu video berdurasi 20 saat tular di media sosial termasuk di Facebook sejak Jumaat lalu yang memaparkan ayam masak merah yang dimakan seorang pelanggan di sebuah restoran cawangan itu di Silibin berulat. – UTUSAN ONLINE

Tags: ayam berulatNasi Vanggey
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Makan ‘Ayam Goreng Berulat’ Di Kedai Mamak

23/08/2019
0

SABAK BERNAM - Seorang wanita terkilan selepas menemui ulat dalam hidangannya ketika menjamu selera di sebuah restoran mamak di daerah...

Nasi ‘Vanggey’, Dari Ipoh Ke Putrajaya

02/09/2016
0

KUALA LUMPUR - Perniagaan Nasi Kandar Ayam Merah dari Ipoh, yang terkenal kerana menyediakan nasi 'Vanggey' atau 'Nasi Ganja', mempertimbangkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd