• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Henti Kongsi Video Pembunuhan Orang Islam

oleh
15/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMUDA UMNO menyarankan rakyat di negara ini tidak berkongsi video secara langsung dibuat oleh pengganas yang menembak secara rambang di masjid di Christchurch, New Zealand.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia bagi menjaga perasaan keluarga dan menutup aib jenazah orang Islam yang dibunuh dengan kejam dan menyedihkan.

“Dalam kita sama-sama bersolidariti mengutuk tindakan kumpulan pengganas yang menyerang umat Islam yang tidak berdosa di Masjid Linwood dan Masjid Al Noor, saya sarankan agar kita tidak berkongsi video secara langsung yang dibuat oleh pembunuh gila berhati binatang yang sengaja mahu mempopularkan dirinya,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Ingatan sama turut disampaikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Al-Ishsal Ishak yang berkata, tindakan itu perlu bagi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian tidak diingini yang boleh mengundang suasana panik dan marah dalam kalangan masyarakat.

“Orang ramai juga diminta menghormati sensitiviti dan perasaan keluarga mangsa yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Beliau berkata, pada masa yang sama, SKMM akan bekerjasama dengan penyedia-penyedia perkhidmatan untuk menurunkan rakaman berkenaan.

Menurut beliau, sebarang perkongsian kandungan yang bersifat mengancam dan jelik merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

SKMM, katanya, memandang serius perkara itu dan mana-mana pihak yang terlibat boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada.

Media hari ini melaporkan kejadian tembakan di dua masjid di Christchurch dipercayai menyebabkan sekurang-kurangnya 49 maut setakat ini, manakala seorang rakyat Malaysia disahkan cedera dalam kejadian berkenaan. – Sinar Harian

Tags: #MasjidNewZealandAsyraf WajdiPemuda UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Setakat Ini Tiada Surat Rasmi Peletakan Jawatan Dr Akmal Diterima’ – Asyraf Wajdi

‘Setakat Ini Tiada Surat Rasmi Peletakan Jawatan Dr Akmal Diterima’ – Asyraf Wajdi

09/01/2026
0

KUALA LUMPUR: UMNO menafikan dakwaan peletakan jawatan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh, yang tular di media sosial hari...

Bimbang Naratif Terancang Hakis Kuasa Raja-Raja Melayu – Pemuda UMNO Pekan

Bimbang Naratif Terancang Hakis Kuasa Raja-Raja Melayu – Pemuda UMNO Pekan

25/12/2025
0

PEKAN – Pemuda UMNO Pekan menyuarakan kebimbangan terhadap perkembangan polemik berkaitan isu Titah Adendum yang dilihat berpotensi membentuk naratif berbahaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd