Tuesday, May 30, 2023

Creating liberating content

60 Keluarga Mangsa Banjir...

KUALA KRAI - Sebanyak 60 keluarga yang rumah mereka musnah akibat banjir pada...

Jabatan Imigresen Buru Agen,...

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan memburu mereka yang bertanggungjawab membawa...

Mahathir Pulangkan Dua Pingat...

KUALA LUMPUR- Dengan biadap dan sombongnya, bekas negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad memulangkan...

Laporan Konspirasi: Azwan Bro...

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun...

Google Stadia, Ibarat Netflix Untuk ‘Kaki Game’

GERGASI teknologi, Google memperkenalkan perkhidmatan penstriman permainan video, Stadia yang disifatkan seperti Netflix untuk ‘gamers’ di seluruh dunia.

Menerusi Stadia, ia menjadi pusat data global Google yang membolehkan pelbagai permainan diakses daripada variasi platform termasuklah komputer, tablet, telefon pintar dan televisyen yang disambungkan dengan Chromecast.

Lebih menarik, pengguna boleh membuka permainan yang ditawarkan dalam tempoh lima saat tanpa perlu memuat turun, membuat kemaskini atau pemasangan (installing).

Malah, permainan video yang ditawarkan juga hadir dengan grafik resolusi tinggi bermula 4K hingga 8K dengan 60 dan 120 fps.

Perkara itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Google, Sundar Pichai sewaktu Persidangan Pembangun Permainan Video di San Fransisco, baru-baru ini.

Ujarnya, pihak Google mahu menyediakan platform permainan video untuk semua orang dan memecah tembok yang menghalang akses terbaik untuk semua ‘kaki game’ di seluruh dunia.

Sewaktu persidangan itu, Google turut membuat uji kaji di hadapan khalayak dengan menggunakan permainan Assassin’s Creed: Odyssey menerusi platform Stadia.

Ia dijangka dilancarkan di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) menjelang penghunjung tahun ini.

Harga perkhidmatan itu bagaimanapun belum diumumkan lagi. – Mirror

Kategori