Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

DAP Sasar Penyokong UMNO,...

KUALA LUMPUR - Salah satu strategi DAP untuk memastikan parti itu dapat merampas...

Tambahan RM2 Juta Untuk...

PASIR PUTEH - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan menerima peruntukan tambahan RM2...

Bapa Perkosa Bayi Baru...

SEORANG bapa yang tergamak merogol bayi perempuannya yang baru lahir dan mengasarinya sehingga...

Polis Tumpas ‘Geng Kodi’...

SUNGAI PETANI - Polis menumpaskan 'Geng Kodi' yang aktif mencuri motosikal di kawasan...

Gempa Lombok: 14 Warga Malaysia Pulang Malam Ini

JAKARTA – Seramai 14 warga Malaysia yang berada di Lombok semasa kejadian gempa bumi semalam, dijadual pulang ke Kuala Lumpur malam ini.

Menurut Atase Polis Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Abu Bakar Yaacob, semua mereka yang terselamat itu dijadual berlepas dari Lombok ke Kuala Lumpur menggunakan pesawat Air Asia AK 307 pada 8.35 malam.

“Mereka dijadual tiba 11.35 malam di Kuala Lumpur,” kata Abu Bakar, yang kini berada di Lombok, bagi memberikan bantuan konsular kepada warga Malaysia yang berada di pulau itu.

Mengenai dua rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di kawasan Air Terjun Tiu Kelep, Kabupaten Lombok Utara susulan gempa bumi itu, Abu Bakar berkata, pihaknya masih menguruskan proses untuk membawa pulang kedua-dua jenazah ke Malaysia.

Dua yang terbunuh itu ialah Timbalan Ketua Pengarang Eksekutif Sin Chew Daily, Datin Tai Siew Kim dan seorang lagi wanita, dikenali sebagai Lim Sai Wah.

“Kalau tak dapat dibawa balik hari ini, jenazah akan di bawa balik esok, kos membawa balik akan ditanggung ejen pelancong terbabit serta pihak berkuasa Indonesia dan syarikat penerbangan Garuda,” katanya.


Abu Bakar berkata, ketika ini terdapat sembilan rakyat Malaysia yang mengalami kecederaan dirawat di klinik dan hospital di Lombok.

Dua yang terkorban itu adalah dari sekumpulan 28 pelancong Malaysia yang tiba di Lombok pada 14 Mac lepas, dengan 22 daripadanya beriadah di Air Terjun Air Terjun Tiu Kelep, Kabupaten Lombok Utara yang berada di bawah kaki Gunung Rinjani semalam.

Abu Bakar berkata, setakat ini seramai 30 warganegara Malaysia yang berada di Lombok telah mendapatkan bantuan konsular daripada pihaknya.

Kategori