• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gadis Punjabi Dimahkota Miss Universe Malaysia 2019

oleh
09/03/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RATA-RATA penonton yang hadir pada Malam Gala Miss Universe Malaysia 2019 berpuas hati ramalan mereka tepat apabila gadis berketurunan Punjabi, Shweta Sekhon diumumkan sebagai pemenang.

Penyandang Miss World Malaysia 2019 yang berusia 22 tahun adalah gadis kelahiran Kuala Lumpur.

Malam Gala Miss Universe Malaysia 2019 yang berlangsung di Majestic Hotel, Kuala Lumpur itu, Shweta mengenepikan saingan daripada 18 peserta lain yang turut sama pamer kehebatan dan kebolehan mereka yang tersendiri.

Acara dimulakan dengan kesemua 18 peserta menggayakan pakaian mandi sebelum 10 peserta terbaik dipilih untuk mara ke pusingan Top 10.

Seterusnya menerusi pusingan Top 10, penonton disajikan dengan persembahan hebat daripada ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid yang mengiringi kesemua 10 peserta di atas pentas memperagakan gaun malam masing-masing.

Kesemua 10 peserta di peringkat suku akhir ini seterusnya diadili untuk membolehkan juri memilih empat yang terbaik ke pusingan akhir.

Mereka adalah Shweta, Tessminderjit Kaur, 23, Lee Su Hsien,25, dan Frost Yaw Hui Jing, 25.

Pada pusingan akhir ini, keempat-empat peserta Miss Universe diberikan soalan sama dengan durasi masa menjawab selama 30 saat.

Nyata jawapan yang diberikan Shweta cukup membuat dirinya layak untuk digelar juara disertakan dengan aura hebatnya sewaktu berada di atas pentas.

Shweta akan mewakili negara ke pentas Miss Universe pada tarikh yang akan diumumkan oleh organisasi Miss Universe pertengahan tahun ini. – FMT

Tags: gadis punjabimiss universe malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd