• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Filem Mawi ‘Tiada Tajuk’ Tawar Tiket Serendah RM1

oleh
29/03/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETIKA banyak pihak merungut mengenai harga tiket wayang yang semakin mahal, pengarah filem Tiada Tajuk, Mawi mempunyai cara tersendiri untuk mengurangkan beban penonton.

Menurut Mawi, peminat bertuah yang berhasrat menonton filem pertama arahannya itu berpeluang membeli tiket pada harga RM1.

“Sejak masih dalam penggambaran lagi, saya memang bercadang untuk menjual tiket kepada penonton filem ini pada harga RM1.

“Bagaimanapun, mereka yang berminat perlu mengikut syarat yang ditetapkan. Memandangkan jumlah tiket terhad, ia tertakluk kepada siapa cepat dia dapat.

“Penonton hanya perlu memuat turun aplikasi MawiWorld di telefon bimbit mereka. Maklumat lanjut seperti lokasi penjualan dan tarikh menonton akan dimaklumkan nanti,” kata pemilik nama lengkap, Asmawi Ani.

Juara Akademi Fantasia 3 itu juga mengakui, pendekatan yang diambilnya itu menjadi antara strategi menarik penonton menyaksikan filem bergenre komedi Islamik itu.

“Pada masa sama, saya juga ingin membantu penonton. Kiranya kedua-dua pihak mendapat keuntungan daripada usaha saya ini,” terangnya.

Dalam perkembangan lain, Mawi juga akan mengadakan peraduan untuk mereka yang ingin memberikan tajuk kepada karya sulungnya itu.

“Penonton boleh cadangkan judul yang sesuai mengikut kreativiti mereka. Walaupun tidak akan digunakan kerana judul filem ini memang Tiada Tajuk, pemenang tetap akan menerima ganjaran lumayan,” kata Mawi memetik laporan media pada malam majlis pratonton filem itu, kelmarin.

Filem terbitan Mawi World Entertainment ini menampilkan lakonan Hazama, Joey Daud, Along Cham, Ropie, Kamarol Yusof, Amira Othman, selain Mawi.

Ia bakal ditayangkan pawagam di seluruh negara bermula 4 April ini. – FMT

Tags: FILEMMawiTiada Tajuk
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pembantu Tadbir Didakwa Buat Tuntutan Palsu Rawatan

Next Post

Lelaki Maut, 4 Parah Kemalangan Di Gerik

Related Posts

Hero Filem Tamil Diserang Di Lapangan Terbang

04/11/2021
0

NEW DELHI: Seorang pelakon lelaki, Maha Gandhi dilaporkan diserang oleh seorang lelaki di Lapangan Terbang Bengaluru, malam semalam. Kejadian dikatakan...

sooka Semarak Semangat Merdeka Dengan Kandungan Ikonik Tempatan

01/09/2021
0

sooka Menyemarakkan Semangat Merdeka dengan Kandungan Ikonik Tempatan

Next Post

Lelaki Maut, 4 Parah Kemalangan Di Gerik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd