• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAM Bantu Lunas Tunggakan Gaji 8 Pasukan

oleh
08/03/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil inisiatif melunaskan tunggakan gaji pemain dan pegawai lapan pasukan membabitkan nilai keseluruhan RM2,517,959.40.

Memetik laporan Berita Harian, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, inisiatif itu diambil sebagai sebahagian usaha badan induk berkenaan meringankan beban individu yang terbabit dengan masalah tunggakan gaji.

“Tunggakan pasukan PDRM sudah dikreditkan terus ke akaun individu terbabit pada 19 Februari 2019. Bagi pasukan Felcra FC, MOF FC dan DBKL FC (bayaran dibuat) Selasa lalu dan untuk Terengganu City FC, ianya dilakukan hari ini,” kata Stuart menerusi satu kenyataan hari ini.

“Untuk tunggakan gaji pemain dan pegawai bagi tiga lagi pasukan iaitu Felda United, Hanelang FC dan Marcerra United berjumlah RM1,339,359.40, ia dalam proses pembayaran dan dijangka dapat dikreditkan dalam beberapa minggu lagi.

“Bayaran ini menggunakan wang deposit dan lain-lain yang dipegang oleh persatuan ini dan ia adalah sebahagian usaha bagi meringankan beban individu yang terbabit.”

Bagaimanapun, Stuart berkata bayaran itu tidak bermakna kesemua tunggakan gaji pemain dan pegawai sudah pun selesai sepenuhnya dan pasukan berkenaan harus melunaskan tunggakan yang masih ada.

“Jumlah tunggakan yang dinyatakan ini adalah berdasarkan jumlah wang deposit dan lain-lain wang yang dipegang oleh FAM ke atas setiap pasukan yang terbabit. Baki tunggakan gaji pemain dan pegawai yang masih ada perlu diselesaikan oleh pasukan berkenaan.

“FAM turut berharap supaya pasukan berkenaan menghargai usaha ini yang dilakukan bagi mengurangkan sebahagian tunggakan yang perlu dijelaskan. Pasukan juga perlu ada rasa tanggungjawab untuk selesaikan bakinya,” katanya.

Tags: bola sepakFAMtunggakan gaji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

07/04/2026
0

PETANG tadi ketika memandu di ibu negara, mata saya terpaku pada satu sticker kecil Harimau Selatan ditampal di sebuah kereta....

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd