• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Diusir Dari PPR, 6 Keluarga Tinggal Di Kaki Lima

oleh
07/03/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Enam keluarga yang diusir dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis di sini menjadikan kawasan lobi pejabat pentadbiran kerajaan negeri di Komtar di sini sebagai rumah sementara mereka.

Mereka mendakwa sudah tidak mempunyai tempat berlindung lagi selepas kediaman yang mereka diami sejak sekian lama dikunci oleh pegawai Bahagian Perumahan Pulau Pinang pagi kelmarin.

Rata-rata mereka yang ditemui Sinar Harian di sini tadi kelihatan letih dan sugul apabila terpaksa bermalam di kaki lima di hadapan pintu masuk Komtar hanya dengan beralaskan tilam nipis dan selimut.

Salah seorang penyewa, Nazimah Jamal Abidin, 44 berkata, dia bersama enam orang anaknya termasuk empat yang masih bersekolah tidak mempunyai pilihan lain selain tinggal Komtar berikutan tidak mempunyai wang untuk menyewa di rumah lain.

Menurut suri rumah itu, dia dan keluarganya mula berada di pekarangan Komtar sejak 12 tengah hari kelmarin dan masih menunggu maklum balas daripada kerajaan negeri berhubung rayuan yang dibuat sebelum ini.

Nazimah berkata,sejak diusir keluar kehidupan mereka tidak ubah seperti gelandangan apabila hanya tinggal sehelai sepinggang selepas semua barangan dan pakaian di rumah turut disita.

“Ke mana kami hendak pergi dalam keadaan macam ni dengan duit pun dah habis. Anak-anak pula dah dua hari tak pi sekolah dan suami juga sejak seminggu lalu tidak bekerja.

“Tak kan kerajaan negeri tidak langsung simpati dengan nasib kami. Kalau kami ada duit buat apa kami nak duduk di PPR..Tolong lah bagi balik rumah kami semula,” katanya ketika ditemui di sini tengah hari tadi.

Ditanya sampai bila dia dan keluarganya akan menghuni di kaki lima Komtar, Nazimah berkata, beliau amat berharap kerajaan negeri memberi pertimbangan sewajarnya terhadap rayuan mereka berikutan dia mempunyai anak yang ramai selain suaminya yang juga warga asing adalah seorang buruh kontrak dan memperoleh pendapatan yang tidak menentu.

Seorang lagi penyewa, Khalidah Nazir Ahmad, 62 berkata, dia tidak mempunyai hutang mahupun sewa tertunggak dengan kerajaan negeri sepanjang mendiami PPR Taman Manggis namun diusir disebabkan suaminya bukan warganegara.

Wanita itu berkata, dia berpindah ke PPR berkenaan selepas 22 tahun berkahwin dengan suaminya dan dia sebelum ini ditawarkan untuk menyewa di PPR berkenaan selepas bersetuju untuk berpindah daripada rumah lama mereka di Sungai Pinang yang dirobohkan bagi bagi memberi laluan kepada projek pembinaan kondominium.

“Saya antara penduduk terawal di PPR Taman Manggis kenapa sebelum ini isu suami saya tidak pernah langsung dibangkitkan? Saya tak pernah ada hutang, tak pernah ada yang tertunggak kenapa saya pula yang menjadi mangsa?

“Saya dah tua, dah tak larat untuk hadap keadaan ini tapi mereka sampai hati usir dan biarkan kami jadi malah melakukan kami seperti pengemis di tanah air sendiri,” katanya.

Seorang lagi penyewa, Aida Nazir, 64, berkata, selepas kediaman tersebut dikunci dia tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat mengambil barang keperluan dari rumah.

“Kami akan tinggal di Komtar sehingga kerajaan negeri berunding dengan kami untuk menyelesaikan masalah ini.

“Tiada seorang pun dari pihak kerajaan negeri datang berunding dengan kami, kami tidak mampu mencari rumah lain selain rumah PPR tersebut,” katanya.

Semalam Sinar Harian melaporkan pelaksanaan tindakan menyita 22 buah rumah di PPR Taman Manggis pagi semalam bertukar kecoh apabila beberapa penyewa enggan keluar dari kediaman mereka.

Kesemua mereka diarahkan mengosongkan kediaman masing-masing selepas hilang kelayakan menduduki rumah PPR termasuk melebihi kemampuan, mempunyai rumah lain dan berkahwin dengan warga asing. – Sinar Harian

Tags: PPR Taman ManggisPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jamuan Raya Tokong: ‘Jawab Saja Dengan Tegas Tak Boleh’ – Ridhuan Tee

Jamuan Raya Tokong: ‘Jawab Saja Dengan Tegas Tak Boleh’ – Ridhuan Tee

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah tampil mengkritik polemik penganjuran jamuan Hari Raya Aidilfitri oleh sebuah...

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

13/11/2025
0

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak gentar biarpun terpaksa berdepan laluan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd