• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DEUM Nafi Beri 800,000 Kad Makanan Mahasiswa

oleh
25/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Dewan Ekonomi Usahawan Malaysia (DEUM) menafikan dakwaan kononnya badan itu akan mengagihkan Hopecard kepada 800,000 mahasiswa bagi mengelakkan mereka ‘ikat perut’ akibat masalah kewangan.

Yang Dipertuanya, Datuk Seri Khairul Khuzaini Zamsani berkata, laporan itu tidak tepat kerana pihaknya bukan hanya menumpukan kepada mahasiswa, sebalinya merangkumi suri rumah dan keluarga berpendapatan rendah (B40).

Katanya, tiada jumlah tetap berapa ramai penerima yang akan menerima ‘Hopecard’ dan kad tersebut boleh digunakan di 222 cawangan Hope Mart bagi mendapatkan barangan keperluan harian.

“Kad ini akan diagihkan kepada semua golongan itu (bukan hanya mahasiswa) mengikut syarat-syarat ditetapkan dan mereka boleh membeli barangan di Hope Mart dengan potongan harga antara tujuh hingga 10 peratus.

“Kad ini akan mengumpul mata ganjaran yang boleh ditebus semula dengan barangan lain mengikut mata terkumpul tidak seperti kedai lain yang menghadiahkan peralatan seperti payung dan tuala.

“Namun, bagi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kita sedang dalam perancangan untuk mengumpul mata ganjaran itu untuk ditolak pinjaman, cuma ia masih diperingkat perbincangan kerana melibatkan banyak pihak,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan yang mendakwa sebanyak 800,000 ‘Hopecard’ akan diagihkan kepada golongan mahasiswa selepas kisah ‘ikat perut’ mereka dilaporkan media baru-baru ini.

Dalam perkembangan berasingan, Khairul Khuzaini berkata, kedai Hope Mart akan dibuka di setiap parlimen, masjid, universiti awam dan swasta serta stesen minyak terpilih dengan kerjasama HGV Holding Sdn. Bhd. dan Mega Envision Sdn. Bhd.

“Untuk permulaan, kita akan membuka cawangan pertama di Seksyen 13 Shah Alam yang akan dirasmikan Sabtu ini oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Dr. Mohd. Hatta Ramli, manakala bagi tiga bulan pertama,70 buah cawangan Hope Mart akan dibuka.

“Bagaimanapun, secara keseluruhan kita menyasarkan kesemua cawangan akan siap sepenuhnya dan dapat beroperasi hujung tahun ini,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tags: hope marthopecardmahasiswa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

26/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI: Sejumlah 12 kes membabitkan mahasiswa disahkan menghidap HIV direkodkan di Johor tahun lalu, meningkat dua kes berbanding 2023....

KARISMA Semarakkan Kepimpinan Mahasiswa

KARISMA Semarakkan Kepimpinan Mahasiswa

10/03/2024
0

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengadakan Permukiman Siswa dan Latihan Kepimpinan Muda Kebangsaan (KARISMA) di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd