• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dana RM90 Juta: Pengerusi KTMB Hadir Di SPRM

oleh
05/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGERUSI Keretapi Tanah Melayu Bhd., Rameli Musa hari ini hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pemimpin PAS menerima dana RM90 juta daripada 1MDB yang diberi UMNO.

Rameli yang turut dikaitkan dengan isu RM1.4 juta dalam penyelesaian luar mahkamah kes saman Presiden PAS, Abdul Hadi Awang terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown tiba pada 9.55 pagi dengan menaiki kereta Toyota Vellfire berwarna hitam.

Turut hadir memberi keterangan ialah bekas exco Selangor, Zaidy Abdul Talib dan seorang petugas di ibu pejabat PAS, Mohd Khoirul Anwar Mat Zuki yang dilihat memasuki bangunan suruhanjaya itu 5 minit kemudian.

Semalam, media melaporkan 3 individu lagi termasuk seorang pegawai di sebuah syarikat milik kerajaan akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kemasukan dana RM90 juta tersebut.

Siasatan kes tersebut menyaksikan beberapa individu dipanggil SPRM, antaranya Musyidul Am PAS, Hashim Jasin; Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Tags: KTMBRameli MusaSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd