• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dana RM1.4 Juta: Rameli Puas Hati Beri Keterangan

oleh
05/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Datuk Dr. Rameli Musa berpuas hati dengan proses memberi keterangan berhubung dakwaan pembayaran cek sejumlah RM1.4 juta kepada pengasas dan pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Menurut Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) itu, beliau juga telah menyerahkan satu dokumen membabitkan isu cek berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Namun beliau enggan mengulas lanjut berhubung proses mengambil keterangan itu yang berlangsung selama lebih lima jam.

Ketika ditanya sama ada beliau akan dipanggil sekali lagi oleh SPRM, Rameli berkata:

“Tidak tahu lagi, terpulang kepada SPRM untuk panggil saya semula,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat SPRM di sini, hari ini.

Terdahulu, Rameli yang tiba pada pukul 9.55 pagi menaiki kereta Toyota Vellfire berwarna hitam dilihat keluar pada pukul 3.30 petang.

Nama Rameli dikaitkan dengan pembayaran cek RM1.4 juta apabila Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sebelum ini memuat naik menerusi blog satu gambar dipercayai beliau bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ia dipercayai bertujuan membuktikan siapakah Rameli yang didakwa merupakan individu membayar kepada pihak Sarawak Report bagi menyelesaikan kes saman itu di luar mahkamah.

Selain beliau, turut dipanggil hari ini adalah bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Zaidy Abdul Talib yang juga merupakan Yang Dipertua PAS kawasan Selayang dan seorang kakitangan pejabat PAS Pusat, Mohd. Khoirol Anuar Mat Zuki.

Mereka juga memberikan keterangan lebih lima jam bagi membantu siasatan berhubung dana RM90 juta diberikan kepada PAS.

Walau bagaimanapun usaha wartawan untuk menemui kedua-dua lelaki itu gagal apabila mereka keluar dari pintu lain. – UTUSAN ONLINE

Tags: PASRameli MusaSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

01/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong menegaskan DAP tidak pernah mengaitkan perihal politik dengan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd