• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantuan RM100 Kepada Pelajar IPT Dibayar Hari Ini

oleh
28/03/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) yang memanfaatkan 1.2 juta pelajar di peringkat Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) akan dibayar secara berperingkat bermula hari ini.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, bantuan sebanyak RM100 untuk setiap pelajar daripada peruntukan sebanyak RM120 juta itu akan disalurkan menggunakan Kad Diskaun Siswa dari Bank Rakyat.

“Bagi pelajar yang telah mempunyai Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat, bantuan akan mula dikreditkan hari ini ke akaun masing-masing manakala untuk pelajar yang belum memilikinya, permohonan baharu boleh dibuat melalui portal Bank Rakyat mulai 1 April ini.

“Tarikh tutup permohonan BPPT adalah pada 31 Mei 2019 manakala tarikh akhir pengambilan Kad Diskaun Siswa dari Bank Rakyat pada 31 Julai 2019,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, pelajar yang memenuhi kriteria boleh membuat semakan status kelayakan melalui portal Bank Rakyat mulai hari ini di pautan http://www.bankrakyat.com.my/bppt.

Sekiranya semakan status ‘TIADA REKOD’ dipaparkan di portal Bank Rakyat, pelajar diminta menghubungi dan memaklumkan kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar institusi pendidikan masing-masing.

Ini adalah bagi mengemas kini data MyMohes (Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti/e-IPTS (IPT Swasta) / penyelaras agensi yang berkaitan selewat-lewatnya pada 28 April.

Untuk maklumat lanjut, pelajar IPT boleh merujuk kepada Garis Panduan Pemberian BPPT 2019 dengan mengakses pautan portal KPM di alamat https://www.moe.gov.my/index.php/….

BPPT diperkenalkan untuk menggantikan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) sebagai inisiatif mengurangkan beban kewangan mahasiswa.

Tags: BPPTmahasiswaPelajar IPT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

26/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI: Sejumlah 12 kes membabitkan mahasiswa disahkan menghidap HIV direkodkan di Johor tahun lalu, meningkat dua kes berbanding 2023....

Pelajar IPT Parah Ditikam Rakan Lelaki Di Kampus

Pelajar IPT Parah Ditikam Rakan Lelaki Di Kampus

17/03/2025
0

SUNGAI PETANI - Seorang pelajar perempuan parah selepas ditikam oleh rakan lelaki dalam kejadian di sebuah kampus institusi pengajian tinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd