• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bangunan Konsulat Di Hong Kong Dijual Tender Terbuka

oleh
27/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) dengan kelulusan Kabinet memutuskan penjualan tanah dan bangunan Pejabat Konsulat Malaysia di Hong Kong dilakukan secara tender terbuka bukannya secara rundingan terus seperti cadangan kerajaan terdahulu.

Menterinya, Lim Guan Eng berkata, proses penjualan dan pelupusan hartanah tersebut dilakukan dengan cara tersebut bagi memastikan kerajaan mendapat nilai terbaik daripada penjualan hartanah tersebut.

“Kerajaan terdahulu memutuskan menjual tanah dan bangunan tersebut secara rundingan terus kepada sebuah syarikat dengan harga RM1.1 bilion, di mana surat tawaran dikeluarkan oleh MOF sebelum 9 Mei 2018.

“Akan tetapi selepas perubahan kerajaan, MOF telah menerima beberapa tawaran lain pada nilai yang lebih tinggi, setinggi RM1.6 bilion berbanding dengan harga yang ditawarkan oleh kerajaan terdahulu melalui rundingan terus sebanyak RM1.1 bilion,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kelmarin, Najib menyuarakan kebimbangannya mengenai laporan media bahawa kerajaan Malaysia ingin menjual dan sedang dalam proses mencari pembeli menara pejabat 28 tingkat yang diberi nama ‘Malaysia Building’ di Hong Kong.

Bagaimanapun, Guan Eng semasa ucapan penggulungannya titah diraja di Dewan Rakyat semalam menjelaskan bahawa keputusan untuk menjual bangunan konsulat itu dilakukan ketika pentadbiran BN.

Katanya, pentadbiran BN memutuskan untuk menjual aset berkenaan iaitu bangunan konsulat secara rundingan terus pada harga RM1.1 bilion dan keputusan itu dibuat kerajaan BN kerana tidak dapat menampung kos pembaikan mencecah RM300 juta.

Sementera itu, Guan Eng menjelaskan, keputusan tersebut selaras dengan komitmen kerajaan untuk menjalankan pentadbiran dengan berpandukan prinsip cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) untuk memastikan kebajikan rakyat dipelihara dengan sebaiknya dalam setiap keadaan.

“Proses tender terbuka untuk penjualan tanah dan bangunan tersebut sedang berjalan, dan diyakini akan dapat memberikan hasil yang bersesuaian dengan nilai sebenar hartanah tersebut, dan memberikan penjimatan terhadap perbelanjaan kewangan kerajaan,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut meluahkan kekesalan terhadap bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana didakwa cuba mengelak daripada menjawab soalan mengapa tanah dan bangunan tersebut diputuskan dijual secara rundingan terus pada pentadbiran kerajaan BN sebelum ini.

“Beliau (Najib) cuba mengalihkan perhatian dengan bertanya sama ada projek terowong bawah dasar laut di Pulau Pinang juga dijalankan secara tender terbuka. Perlu ditegaskan bahawa projek terowong bawah dasar laut di Pulau Pinang dijalankan secara tender terbuka selaras dengan dasar Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh PH.

“Kini tiba masanya untuk bekas menteri kewangan jelaskan mengapa beliau bersetuju dengan penjualan tanah dan bangunan tersebut secara rundingan terus dengan harga yang begitu rendah sebanyak RM1.1 bilion, berbanding dengan harga tawaran lain setinggi RM1.6 bilion?” ujarnya. – Sinar Harian

Tags: Konsulat Hong KongLim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd