Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

RON95 Turun 10 Sen,...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 turun 10 sen, berkuat kuasa jam...

FAM Kaji Guna Pemain...

PETALING JAYA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan kajian mendalam mengenai...

Banyak Negara Bergegas Sekat...

WASHINGTON : Semakin banyak negara bergegas menyekat kemasukan dari selatan Afrika berikutan pengesanan...

Warrix Taja Skuad Kedah...

KUALA LUMPUR - Pasukan Kedah mencatat sejarah apabila menjadi pasukan bola sepak pertama...

Bakteria Jadi ‘Zombi’ Elak Dibunuh Antibiotik

AMSTERDAM – Satu kajian baharu menunjukkan sesetengah bakteria mampu bertukar menjadi ‘zombi’ untuk terus hidup dalam keadaan ekstrem termasuk mengelak daripada dibunuh oleh ubat antibiotik.

Kajian tersebut dilakukan untuk mengenal pasti strategi survival organisma sel tunggal bagi membantu menjelaskan kenapa sesetengah jangkitan kuman berulang selepas pesakit selesai menerima rawatan.

“Pada kebiasaannya, bakteria Bacillus subtilis berbentuk panjang tetapi ia kemudian mengecut sehingga ia menjadi seperti sfera,” kata Profesor Leendert Hamoen dari Institut Sains Kehidupan Swammerdam di Universiti Amsterdam baru-baru ini.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Communication itu menyiasat strategi survival bakteria Bacillus subtilis yang dilihat berubah daripada bentuk semula jadi panjang menjadi sfera dalam keadaan ‘zombi’.

Pada tahap ‘zombi’, bakteria itu bukannya mati ataupun dorman sebaliknya aktiviti dalaman selnya direndahkan jauh lebih perlahan daripada biasa tetapi ia masih mampu membiak. – Agensi

Kategori