• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ASP Bukit Aman Didakwa Minta Suapan RM1.5 Juta

oleh
28/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang pegawai kanan polis berpangkat ASP didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam di sini kerana meminta wang suapan berjumlah RM1.5 juta bagi menyelesaikan kes pengedaran dadah dua tahun lepas.

Tertuduh ASP Gan Chee Liang, 36, dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut pertuduhan, Chee Liang didakwa meminta rasuah sebanyak RM1.5 juta dari Victor Goh, 38, untuk diri sendiri sebagai seorang pegawai awam iaitu Penolong Penguasa Polis Diraja Malaysia sebagai dorongan untuk menyelesaikan kes melibatkan Victor yang disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Chee Liang dituduh melakukan kesalahan itu pada 10 Mac 2017 di sebuah bilik di Lokap Berpusat Polis Shah Alam pada jam 11 pagi.

Chee Liang didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun, denda tidak kurang lima ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Pegawai Pendakwa SPRM, Wan Ahmad Nidzam Wan Omar mencadangkan wang jaminan RM100,000 dengan dua penjamin.

Peguam Chong Kak Sen yang mewakili tertuduh memohon agar wang ikat jamin dikurangkan kepada RM10,000 berikutan anak guamnya telah diikat jamin sebanyak RM80,000 bagi semua empat pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas kes yang sama.

“Siasatan kes telah dijalankan sejak 2017 dan anak guam saya tidak pernah gagal melaporkan diri ke pejabat SPRM, saya percaya wang ikat jamin termasuk jaminan tambahan dikenakan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sudah mencukupi,” katanya.

Hakim Rozilah kemudiannya menetapkan jaminan RM20,000 dengan dua penjamin dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 29 April depan.

Semalam Chee Liang telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM1.35 juta.

Tags: kes dadahPDRMpegawai polisrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

04/03/2026
0

Oleh Mynewshub GEORGE TOWN – Polis membuka kertas siasatan berhubung satu hantaran tular di media sosial yang menyentuh tentang satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd