• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Isytihar Harta Lebih RM10 Juta Kepada SPRM

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANWAR Ibrahim hari ini mengisytiharkan hartanya yang bernilai lebih RM10 juta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Setiausaha politiknya, Shukri Saad dalam kenyataan ringkas berkata, antara harta diisytiharkan presiden PKR itu ialah rumahnya di Bukit Segambut yang dianggarkan bernilai RM9.5 juta.

Katanya, kediaman itu pada mulanya dibeli Anwar pada harga RM4.5 juta, selepas beliau menjual rumahnya di Bukit Damansara pada 2005.

“Turut diisytiharkan sebidang tanah di Permatang Habib, Mukim Penor, Kuantan, Pahang yang dibeli pada 1974 dengan harga RM7,000. Nilai anggaran tanah tersebut ketika ini ialah RM420,000.

“Harta selebihnya dari akaun-akaun pelaburan dan wang simpanan yang berjumlah RM828,658.83.

“Dengan ini, dimuktamadkan jumlah harta milik Anwar ialah RM10,748,658.83.”

Pada 9 Disember lalu, SPRM dilaporkan berkata, Anwar antara 13 ahli Parlimen belum mengisytiharkan hartanya kepada SPRM. – FMT

Tags: Anwar IbrahimIsytihar HartaSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mendakwa sebanyak 43 surat telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd