• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Simpati Pemergian Muhammad Haziq

oleh
22/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah menzahirkan takziah dan simpati kepada keluarga remaja Malaysia, Allahyarham Muhammad Haziq Mohd. Tarmizi, 17 yang telah terkorban serta tiga lagi mangsa rakyat Malaysia tercedera dalam insiden tembakan di Christchurch, New Zealand, minggu lalu.

Dalam masa sama, Datuk Pengelola Bijaya DiRaja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka turut mengingatkan rakyat Malaysia supaya menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan dan hasutan berunsur kebencian yang disebarkan melalui pihak tidak bertanggungjawab termasuk menggunakan alasan kebencian terhadap ajaran Islam dan penganutnya.

Jelas beliau, Seri Paduka bertitah tiada agama yang mendorong penganutnya untuk mengamalkan sebarang bentuk keganasan terhadap individu lain.

“Seri Paduka juga menasihatkan supaya rakyat Malaysia menghormati perasaan dan memberikan sokongan kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam mengharungi ujian ini,” katanya menerusi kenyataan Istana Negara di sini, hari ini.

Sementara itu, Al-Sultan Abdullah turut merakamkan penghargaan terutamanya kepada Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah di atas perhatian yang telah diberikan dalam mengendali insiden berkenaan.

Katanya, Seri Paduka bertitah perkara tersebut termasuk menghantar pegawai kanan dari Kementerian Luar dan pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington untuk berada di Christchurch bagi menghulurkan bantuan sewajarnya.

“Seri Paduka turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof yang berada di Christchurch bagi memberi sokongan dan bantuan serta kerajaan New Zealand atas kerjasama yang telah dihulurkan kepada mangsa termasuk dari segi mendapatkan rawatan yang diperlukan,” katanya.

Tags: al Noor ChristchurchAl-Sultan AbdullahMuhammad Haziq
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Disaman RM310 Juta

Al-Sultan Abdullah Dukacita Laporan Portal Berita Bersifat Fitnah

31/03/2024
0

KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dukacita dan kecewa berhubung laporan sebuah portal berita yang tersasar...

Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah Ke Istiadat Pemakaman Ratu Elizabeth II

Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah Ke Istiadat Pemakaman Ratu Elizabeth II

15/09/2022
0

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd