• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Rasmi Istiadat Pembukaan Dewan Rakyat 11 Mac

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah akan merasmikan istiadat pembukaan persidangan Dewan Rakyat Penggal Kedua, Majlis Parlimen Ke-14 pada 11 Mac ini pukul 10 pagi.

Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Rosmee Hamzah berkata pemberitahuan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua yang akan berlangsung selama 20 hari iaitu bermula 11 Mac sehingga 11 April ini telah dikeluarkan pada 8 Februari lepas.

“Sehubungan dengan itu, raptai penuh Istiadat Pembukaan akan diadakan pada 6 Mac,” katanya dalam satu kenyataan.

Rosmee berkata, mesyuarat berkenaan akan dimulakan dengan Usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja selama dua minggu.

Diikuti dengan menteri-menteri menjawab Perbahasan Titah Diraja pada minggu ketiga. Urusan minggu ke-4 dan ke-5 adalah perbahasan bagi rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain.

Beliau berkata, selaras dengan reformasi Parlimen, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah memutuskan sesi Pertanyaan Jawab Lisan ditetapkan selama enam minit bagi setiap pertanyaan mulai mesyuarat ini.

“Ini bagi membolehkan sebanyak mungkin pertanyaan lisan dijawab oleh pihak kementerian dalam tempoh sejam 30 minit mengikut Peraturan Mesyuarat 24(5) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Pemberitahuan mengenai penetapan masa pertanyaan jawab lisan telah dikeluarkan pada 4 Mac lalu,” katanya.

Tags: Dewan RakyatYang di-Pertuan Agong ke-16
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Shahidan Bawa Isu Raptai UniMAP Ke Dewan Rakyat Isnin Ini, Mahu Penjelasan Menyeluruh

Shahidan Bawa Isu Raptai UniMAP Ke Dewan Rakyat Isnin Ini, Mahu Penjelasan Menyeluruh

01/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim akan membawa isu kontroversi sesi raptai Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)...

Pemimpin BN Berbaju Melayu ‘Gelombang Biru’ Hadir Belanjawan 2027

Pemimpin BN Berbaju Melayu ‘Gelombang Biru’ Hadir Belanjawan 2027

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Gelombang biru mewarnai suasana di Parlimen apabila Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) khususnya daripada UMNO tampil mengenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd