Sample Page Title

ADUN Ketari, Young Syefura Othman sah bercerai talak satu dengan suaminya Muhamad Masyhur Abdullah dalam satu prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Prosiding lafaz cerai itu diucapkan Muhamad Masyur terhadap Young Syefura atau lebih dikenali sebagai Rara, 30, dihadapan Hakim Syarie Mohd. Saifullah Hamzah.

Sebelum prosiding dimulakan, Mohd. Saifullah bertanyakan alasan penceraian tersebut dan Muhamad Masyur menyatakan beliau mengemukakan permohonan cerai itu kerana tiada persefahaman dalam rumah tangga mereka.

“Tiada persefahaman dan segala usaha untuk menyelamatkan perkahwinan tidak berhasil,” ujarnya.

Rara yang berbaju kurung dan bertudung hitam dilihat tenang dan bersahaja sepanjang prosiding berlangsung dan pasangan itu dilihat hadir bersama ke mahkamah.

Muhamad Masyur mengemukakan permohonan cerai tersebut mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

ADUN dari DAP itu berkahwin dengan Muhamad Masyur yang merupakan seorang pengurus pelaburan pada 24 September 2016 dan pasangan itu tiada cahaya mata. – Sinar Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Hak Peribadi Masing-Masing Nak Pertikai Saya Lantik Zahid – PM

KUALA LUMPUR : Pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri...

Gaji Jemaah Menteri Dipotong 20 Peratus Tiap Bulan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan gaji bulanan Jemaah Menteri akan...

Jemaah Malaysia Wajib Guna Imbasan Biometrik E-Visa Umrah

Kuala Lumpur : Jemaah Malaysia kini antara yang diwajibkan menggunakan imbasan biometrik bagi mendapatkan...

Harga Telur Lebih Murah Diumum Esok

PUTRAJAYA : Harga telur lebih murah akan diumumkan esok, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

K’jaan Digesa Bawa Masuk Jururawat Asing

Kekurangan jururawat pada tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini di hospital swasta dan...

Tengku Zafrul Di Qatar, Tak Hadir Mesyuarat Khas Kabinet

PUTRAJAYA : Hanya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku...

Siti Bainun Dimasukkan Ke Hospital Akibat Pneumonia, Hempedu

KUALA LUMPUR – Perbicaraan hari pertama bela diri, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa...