• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adib Tidak Ditarik Keluar Dari Van EMRS

oleh
27/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pemeriksaan pada kecederaan yang dialami Muhammad Adib Mohd. Kassim tidak menunjukkan tanda-tanda anggota bomba itu ditarik keluar secara paksa dari van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) semasa berlakunya kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada 27 November lalu.

Pakar Perubatan Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Ahmad Hafizam Hasmi berkata, ia berdasarkan pemeriksaan klinikal ketika mangsa dirawat di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur dan keputusan bedah siasat selepas kematiannya.

Berikut sesi soal jawab beliau dan Pegawai Pengendali inkues, Hamdan Hamzah di hadapan Koroner Rofiah Mohamad pada prosiding hari ke-17 semalam.

Hamdan: Berdasarkan laporan bedah siasat, doktor kata tidak dapat ke­tepikan ada orang menarik mangsa?

Dr. Ahmad Hafizam: Ya. Berdasarkan bedah siasat, saya tidak dapat mengatakan mangsa­ keluar atau ditarik. Selain itu, tiada kecederaan pada anggota kiri si mati yang me­nunjukkan adanya kece­deraan ditarik. Untuk seseorang ditarik secara paksa, ada kesan genggaman pada bahagian yang ditarik itu, tetapi dalam kes ini tiada kesan pada anggota atas kiri si mati.

Hamdan: Boleh jelaskan maksudnya?

Dr. Ahmad Hafizam: Ia berdasarkan kesan pada bahagian lengan atas dan bawah serta tangan. Jika ditarik keluar, pasti ada tanda atau kecederaan pada bahagian kiri sebab itu sahaja kawasan yang boleh diakses.

Hamdan: Bagaimana (jika ada) kesan tarik pada baju mangsa?

Dr. Ahmad Hafizam: Jika ditarik pada baju, jelas kesan­nya pada kulit atau badan, tetapi dalam kes ini tiada.

Hamdan: Kalau ditarik pada kolar (baju)?

Dr. Ahmad Hafizam: Tiada sebarang kecederaan pada leher mangsa.

Hamdan: Adakah impak yang kuat itu terhasil daripada permukaan yang saiznya luas?

Dr. Ahmad Hafizam: Objek yang boleh menyebabkan kecederaan ini adalah daripada yang tumpul, keras, kasar dan lebar.

Beliau memberitahu, kepatahan yang dialami pada tulang rusuk kiri Muhammad Adib adalah mustahil disebabkan objek seperti belakang parang ke­tika ­mangsa berdiri. – K! ONLINE

Tags: Kuil Sri Maha MariammanMuhammad Adib
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pembangkang Desak Roboh Segera Tugu Jepun

Next Post

Piala AFC B-23: Malaysia Sah Tidak Layak

Related Posts

Pakar Patologi Kanan Bantu Siasatan Kes Kematian Adib

12/10/2021
0

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Khas yang menyiasat kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, akan melantik seorang pakar patologi...

Kabinet Setuju Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Kes Kematian Adib

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Kabinet pada Jumaat memutuskan akan memfokuskan kepada siasatan tiga kes berkepentingan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

Next Post

Piala AFC B-23: Malaysia Sah Tidak Layak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd