• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AADK Tiada Halangan Kajian Ketum Untuk Perubatan

oleh
27/03/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) tidak menghalang mana-mana pihak yang berhasrat untuk membuat kajian terhadap ketum bagi tujuan perubatan, kata ketua pengarahnya, Zulkifli Abdullah.

Beliau berkata ketum adalah tanaman tempatan yang senang membiak tetapi disalah guna menjadi dadah dalam kalangan anak muda kerana dicampur dengan bahan lain seperti ubat nyamuk, air soda dan dadah lain sehingga menjadikannya bahaya.

“Di negara ini, kita belum lagi mempunyai kajian yang sebetulnya dan diterima oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tentang kebaikan ketum yang memberi faedah kepada perubatan.

“Buat masa ini, undang-undang kerajaan menanam ketum adalah satu kesalahan namun kita tidak mempunyai halangan sekiranya ada sebarang kajian yang dilakukan tetapi mestilah mengikut peraturan di bawah KKM,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Pencegahan Anti Dadah 2018 di Ideal Convention Centre (IDCC), semalam.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, yang turut hadir pada majlis itu menggesa Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) agar memperkasakan program Laluan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), sebagai usaha mengekang kegiatan penyalahgunaan dadah terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah.

Program PPDa yang diperkenalkan sejak 2012 bertujuan memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan sekolah serta ibu bapa agar mereka menjauhi serta menentang ancaman dadah selain menjadikan sekolah bebas dadah.

“Kerjasama dengan semua agensi kerajaan seperti AADK, PDRM, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat turut akan diperkemaskan agar ancaman masalah dadah khususnya kepada pelajar sekolah dapat dikawal bermula di sekolah rendah,” kata Teo.

Tags: AADKketumPerubatan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Serangan Christchurch: Rahimi Tunjuk Tindak Balas Positif

Next Post

Pasport Jepun, Singapura, Korea Selatan Paling Berkuasa

Related Posts

ATM Rampas 700kg Ketum

ATM Rampas 700kg Ketum

23/06/2024
0

Kuala Nerang : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan menyeludup 700 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai lebih RM56,000 ke...

Kajian SSPA Diumum Pada Suku Keempat Tahun Ini – Anwar

Gagal Lolos Sekatan JPJ, Beri Alasan Sukar Kencing Kepada AADK

09/02/2024
0

BUTTERWORTH: Seorang penunggang motosikal yang cuba melarikan diri ketika sekatan jalan raya di susur masuk Jambatan Pulau Pinang malam tadi,...

Next Post

Pasport Jepun, Singapura, Korea Selatan Paling Berkuasa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd