• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Pegawai Penjara Direman SPRM

oleh
06/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAPAN pegawai penjara dan seorang pemandu wanita asing direman 6 hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima suapan berjumlah RM120,000.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Jenayah George Town, Muna Maria Azmi bermula hari ini sehingga Isnin depan, selepas membenarkan permohonan reman dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Semua individu terbabit yang disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dibawa ke bilik reman di sini pada 10.35 pagi tadi dengan berpakaian lokap SPRM.

Semalam, semua pegawai penjara berusia 25 hingga 44 tahun itu ditahan SPRM di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Pahang antara 9.45 pagi hingga 10.30 pagi kerana dipercayai menerima suapan daripada pemandu kereta sapu dari Indonesia itu yang berusia 45 tahun.

Wanita itu dikatakan memberi suapan itu sebagai balasan pegawai penjara tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana membawa barang terlarang ke penjara.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Muna Maria mengeluarkan perintah reman 3 hari terhadap 2 individu bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang pengaturcara komputer warga Ireland yang ditemui mati dalam keadaan tangan dan kakinya diikat, dipercayai dibunuh di sebuah unit kondominium di Jalan Sultan Ahmad Shah, di sini, 2 hari lalu.

Dalam kejadian Isnin itu, mayat Brian Patrick O’ Reilly, 51, ditemui pihak pengurusan kondominium dalam sebuah bilik kira-kira 5 petang.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tags: pegawai penjararasuahSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan rasa gembira Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak lagi dilabelkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd