• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Kawasan Di Pahang, Melaka Catat IPU Tidak Sihat

oleh
19/03/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kualiti udara empat kawasan di dua negeri di Semenanjung mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 12 tengah hari ini.

Berdasarkan bacaan terkini IPU di laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan Rompin dan Balok Baru Kuantan di Pahang masing-masing mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 192 dan 157.

Di Melaka, Bukit Rambai mencatatkan bacaan IPU 112 manakala Alor Gajah mencatatkan 103 dan bandaraya Melaka pula mencatatkan bacaan IPU 93 iaitu sederhana.

Keadaan tersebut menyebabkan ruang udara di kawasan terlibat kelihatan berjerebu terutamanya di awal pagi.

Sementara itu, berdasarkan peta taburan IPU di laman web tersebut, sebanyak 60 stesen JAS di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU sederhana dan hanya dua stesen mencatatkan bacaan baik iaitu di Sandakan dan Tawau, Sabah dengan bacaan IPU 37 dan 35.

Bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, antara 51 dan 100 (sederhana), antara 101 dan 200 (tidak sihat), antara 201 dan 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Untuk mengetahui bacaan IPU, orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my.

Sementara itu Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Melaka, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab berkata rakyat di negeri ini perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan bacaan IPU tidak sihat yang dicatat di negeri ini.

“Dalam cuaca yang sangat panas ini juga elakkan pembakaran secara terbuka dan banyakkan meminum air masak,” katanya ketika dihubungi.

Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka mengingatkan pihak sekolah mengambil langkah segera sekiranya fenomena jerebu melanda kawasan atau daerah di mana sekolah itu berada.

Menurut jabatan itu, jika bacaan IPU melebihi 150 pihak sekolah hendaklah mengambil langkah segera menghentikan semua aktiviti di luar bilik darjah yang melibatkan murid-murid berisiko tinggi dengan fenomena tersebut.

“Jika IPU melebihi 250 pihak sekolah hendaklah menghentikan semua aktiviti kokurikulum dan aktiviti di luar bilik darjah. Semua sekolah yang berada di dalam kawasan atau daerah yang mempunyai IPU melebihi 300 hendaklah ditutup dengan serta merta,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

Tags: IPUJerebuMelakaPahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd