• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Gadis Berhijab Memukau Di Asia’s Got Talent

oleh
08/03/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ASIA’S Got Talent adalah sebuah pentas yang mengetengahkan bakat luar biasa dalam kalangan peserta di rantau Asia.

Mereka perlu membuat persembahan menarik untuk memikat hati juri tetap David, Anggun dan Jay Park untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Cabaran ini disahut oleh sekumpulan wanita berhijab dari Malaysia yang menamakan kumpulan mereka ‘NAMA’ bagi membuktikan wanita seperti mereka juga mampu memberikan persembahan yang memukau.

Sebagai peserta wanita berhijab dari Malaysia, NAMA yang membuat persembahan lebih kurang 5 minit menerusi lagu Bad Romance nyanyian asal Lady Gaga berjaya memukau penonton di studio sehingga mereka berdiri dan bersorak.

Bagaimanapun persembahan Bad Romance ini hanya berjaya memikat hati juri Anggun dan Jay Park.

Manakala David kurang berminat dengan persembahan itu dan mempercayai persembahan NAMA boleh diperbaiki lebih dari itu.

NAMA yang terdiri daripada Nur Fazrina, Noor Syamimi, Norfazira dan Nur Farahida ditemubual selepas itu, menyifatkan rancangan realiti Asia’s Got Talent sebuah platform yang bagus untuk mempersembahkan bakat mereka.

Graduan dari Universiti Malaya ini turut memaklumkan sangat meminati bidang seni muzik dan persembahan hingga membuatkan mereka mahu mencuba nasib di pentas berprestij itu.

Persembahan NAMA mendapat dua kata ‘Yes’ dari juri Anggun dan Jay Park sekali gus melayakkan mereka ke pusingan semi-final.

Nantikan kemunculan mereka di pentas semi-final. – Agensi

Tags: Asia's Got Talentberhijab
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nor ‘Phoenix’ Diana Pencetus Wanita Berhijab Terlibat Gusti

01/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan! Begitulah perumpamaan untuk menggambarkan kejayaan seorang...

‘Manusia Kalkulator’ Tempat Kedua Asia’s Got Talent 2019

12/04/2019
0

SINGAPURA – ‘Manusia kalkulator’ Malaysia, Yaashwin Sarawanan diumumkan mendapat tempat kedua daripada sembilan persembahan pada pertandingan akhir Asia's Got Talent...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd