• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Maut, 9 Cedera Insiden Tembakan Trem Di Belanda

oleh
19/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UTRECHT – Sekurang-kurangnya tiga maut dan sembilan lagi cedera dalam insiden tembakan trem di bandar Utrecht, awal hari ini.

“Buat masa ini, kami mengesahkan tiga kematian dan sembilan mangsa lain cedera, tiga daripada mereka cedera parah,” kata Datuk Bandar, Jan van Zanen, dalam kenyataan video di laman Twitter.

Menurut polis anti keganasan, insiden tembakan berkenaan kelihatan seperti serangan pengganas.

Sementara itu, koordinator polis anti keganasan Pieter-Jaap Aalbersberg berkata, fokus utama buat waktu ini adalah untuk menangkap penembak yang masih bebas, menurutnya seorang lelaki warga Turki berusia 37 tahun yang dipercayai ada kaitan dengan insiden tersebut sedang diburu.

Memetik laporan Reuters, suspek dikenal pasti sebagai Gokmen Tanis (gambar kecil).

Susulan kejadian itu, polis anti-pengganas telah dihantar bagi mengepung dan menjejak suspek yang memulakan tembakan itu.

Tahap ancaman keselamatan di Utrecht berada pada tahap paling tinggi dan laporan mengatakan perkhidmatan kereta api tidak dibenarkan memasuki stesen Utrecht.

Manakala, kesemua sekolah dan masjid juga telah diarahkan tutup ekoran timbul kebimbangan ia mempunyai kaitan terhadap kejadian tembakan ke dua masjid di Christchurch, New Zealand, Jumaat lepas, yang hingga kini telah mengorbankan 50 orang. – Agensi

Tags: Belandaserangan trem
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Belanda: Ratusan Sertai Protes Bantah Kerajaan Bekal Senjata Kepada Israel

Belanda: Ratusan Sertai Protes Bantah Kerajaan Bekal Senjata Kepada Israel

15/11/2023
0

AMSTERDAM: Ratusan penduduk berhimpun di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam di Belanda bagi membantah tindakan kerajaan yang membekalkan senjata kepada Israel....

Arab Saudi Kecam Tindakan Provokatif Koyak Al-Quran Di Belanda

Arab Saudi Kecam Tindakan Provokatif Koyak Al-Quran Di Belanda

26/01/2023
0

RIYADH: Arab Saudi mengecam sekeras-kerasnya tindakan seorang pelampau yang memijak dan mengoyakkan naskhah al-Quran berhampiran Parlimen di The Hague, Belanda....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd