• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Biadab Hina Nabi Muhammad Ditahan

oleh
19/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Seorang warga emas ditahan selepas berlaku biadab dengan memuat naik status menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri, Saidatina Aisyah di laman sosial Facebook.

Status yang tular sejak beberapa hari lalu itu menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh negara sehingga banyak laporan polis dibuat agar tindakan diambil terhadap lelaki terbabit.

Lelaki berusia 68 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Sri Layang, Mentakab, dekat sini kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, lelaki terbabit ditahan berikutan laporan polis yang dibuat di Batu Pahat, Johor di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

“Setelah mendapat maklumat, Ketua Balai Polis Mentakab, Asisten Superintenden Mohd Bijuri Abdullah bersama anggotanya telah pergi ke rumah lelaki terbabit.

“Sebaik tiba di hadapan rumahnya, pihak polis telah memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis kepada lelaki terbabit sebelum melakukan pemeriksaan,” katanya dalam satu kenyataan kepada pemberita.

Menurutnya, lelaki terbabit tidak melakukan sebarang tindak balas dan siasatan lanjut akan dilakukan berdasarkan laporan yang diterima.

Sehubungan dengan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak memuat naik status yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum di negara ini.

Kemarahan umat Islam di negara ini memuncak apabila pemilik Facebook yang mengunakan nama Foo Sing Wai memuat naik status bersama sekeping gambar karikatur yang memaparkan gambar seorang lelaki dan kanak-kanak tanpa pakaian.

Gambar lelaki berkenaan dilabelkan sebagai Nabi Muhammad berusia 54 tahun manakala seorang kanak-kanak perempuan yang memegang patung dilabelkan sebagai Aisyah berusia enam tahun.

Berikutan itu, difahamkan banyak laporan polis telah dibuat di seluruh negara agar tindakan segera diambil oleh pihak berkuasa. – K! ONLINE

Tags: Hina Nabi Muhammadislam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rapper British Central Cee Umum Peluk Islam, Lafaz Syahadah Secara Terbuka

Rapper British Central Cee Umum Peluk Islam, Lafaz Syahadah Secara Terbuka

07/02/2026
0

LONDON – Penyanyi rap terkenal Britain, Central Cee, dilaporkan telah memeluk agama Islam selepas mengumumkan perkara tersebut secara terbuka menerusi...

Ucapan Alhamdulillah, Sujud Syukur, Siti Zailah Dakwa Kor Ming Permainkan Islam

Ucapan Alhamdulillah, Sujud Syukur, Siti Zailah Dakwa Kor Ming Permainkan Islam

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff mempersoalkan tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd