• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usaha Pulihkan Ekonomi, Imej Zon Labian Diteruskan

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Peningkatan ekonomi dengan mempelbagaikan kegiatan penduduk dirancang sebagai langkah membantu masyarakat Zon Labian di Lahad Datu yang terjejas akibat insiden pencerobohan pengganas Sulu, enam tahun lalu.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Assafal Alian, berkata walaupun sudah lama berlalu, insiden itu masih meninggalkan kesan kepada kawasan berkenaan kerana masih ada yang bimbang untuk berkunjung.

Beliau berkata, secara tradisi Zon Labian yang terletak bersebelahan FELDA Sahabat adalah kawasan penempatan nelayan pantai, namun kekayaan sumber perikanannya kurang dimanfaatkan.

Katanya, penduduknya lebih tertumpu kepada aktiviti perladangan kelapa sawit dengan purata setiap keluarga memiliki kebun seluas antara empat hektar hingga enam hektar, namun ia juga bermasalah kerana kebanyakan mereka belum ada hak pemilikan tanah.

“Kebanyakan mereka menduduki tanah secara tradisi sebagai tanah hak adat anak negeri (NCR), jadi kita berusaha membantu mereka dapatkan hak pemilikan supaya aktiviti di tanah itu boleh dipelbagaikan.

“Dengan adanya geran, ini memudahkan penduduk untuk memohon bantuan kewangan bagi membiayai aktiviti ekonomi di tanah berkenaan seperti membina kolam ternakan udang atau ikan, serta ternakan lembu dan kambing.

“Kita juga ada rancangan untuk membantu penduduk membina rumah burung walit dengan sasaran untuk membolehkan mereka memperoleh pendapatan tambahan, selain daripada hasil sawit kerana Zon Labian dikenal pasti sangat sesuai dengan aktiviti baharu itu,” katanya kepada BH.

Zon Labian merangkumi beberapa kampung antaranya Tanduo, Sungai Merah, Sungai Nyamuk, Sungai Bilis, Tanjung Batu, Tanjung Labian, Lok Buani, Lok Sambuong, Tanagian dan Sinakut dengan kedudukannya terletak di pesisir pantai menghadap Laut Sulu.

Assafal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tungku, berkata pihaknya akan mencari jalan bagaimana membantu penduduk dari Kampung Tanduo dan Sungai Merah yang dipindahkan ke penempatan baharu di Tanjung Batu dan Tanjung Labian.

Katanya, penduduk kedua-dua kampung itu berdepan kesukaran berikutan ketiadaan sumber pendapatan selepas pasukan keselamatan tidak membenarkan mereka kembali ke kampung terbabit selepas Ops Daulat pada tahun 2013.

“Sebahagian kawasan Kampung Tanduo dijadikan pos tentera tetapi sebahagian kawasannya dibiarkan, namun penduduk asal kampung berkenaan tidak dibenarkan kembali mengusahakan tanah terbabit yang sudah ditanam dengan kelapa sawit.

“Jadi kita akan berusaha mencari jalan bagaimana membantu mereka, termasuk kemungkinan mendapatkan kebenaran pasukan keselamatan supaya mereka boleh kembali ke kampung terbabit,” katanya. -BH ONLINE

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih Baik Kerajaan Yang Menanggung Beban Daripada Membiarkan Rakyat Menderita – PMX Anwar

Lebih Baik Kerajaan Yang Menanggung Beban Daripada Membiarkan Rakyat Menderita – PMX Anwar

24/10/2026
0

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa lebih baik kerajaan menanggung beban subsidi minyak yang semakin meningkat...

OPA Nafi Dakwaan Pengawas Sekolah Hidang Alkohol Dalam Majlis Makan Malam

OPA Nafi Dakwaan Pengawas Sekolah Hidang Alkohol Dalam Majlis Makan Malam

24/10/2026
0

SEREMBAN - Persatuan Bekas Murid St. Paul, Seremban (OPA) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa pengawas sekolah terbabit mengendalikan atau menghidangkan minuman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd