• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Universiti Perlu Tegas Kuat Kuasa Larangan Merokok

oleh
25/02/2019
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua universiti awam dan swasta digesa melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di kawasan universiti secara lebih tegas tahun ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata walaupun peraturan larangan merokok dalam kawasan institusi pendidikan tinggi awam dan swasta telah berkuat kuasa sejak beberapa tahun lepas, penguatkuasaannya masih longgar.

“Kita akan beritahu dan berhubung dengan pihak universiti supaya mereka melaksanakan dan kuat kuasa larangan tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di Yayasan Taiwan Buddhist Tzu-Chi Malaysia, di sini pada Ahad.

Dr. Lee hadir bagi merasmikan majlis penutupan Tzu Chi International Medical Association (TIMA) Healthy Living Symposium’ anjuran TIMA.

Pada 8 Januari lepas, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata Kementerian Kesihatan (KKM) bercadang memperketat perintah larangan merokok dalam kawasan institusi pengajian tinggi tahun ini untuk melindungi hak kalangan mereka yang tidak merokok.

Pada 15 Oktober tahun lepas, KKM telah menguatkuasakan larangan merokok di dalam bangunan di kawasan Parlimen manakala pada 1 Januari lalu larangan merokok di tempat makan dikuatkuasakan.

Simposium Kehidupan Sihat TIMA diadakan bagi menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat selain menimbulkan kesedaran tentang penyakit kronik serta strategi untuk mencegah dan mengurus penyakit.

Simposium dihadiri 252 peserta merangkumi profesional penjagaan kesihatan seperti doktor, jururawat, ahli farmasi, pakar pemakanan, ahli fisioterapi dan pengamal perubatan tradisional Cina. – BERNAMA

Tags: Larangan MerokokUniversiti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia Diajar Di Semua Universiti Mulai Tahun Ini

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia Diajar Di Semua Universiti Mulai Tahun Ini

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Pembelajaran Perlembagaan Persekutuan dan sejarah Malaysia akan diperkenal menerusi mata pelajaran umum di semua universiti termasuk swasta kepada seluruh...

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd