• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umpama Keajaiban Dunia Kelapan

oleh
17/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEUNIKAN lebuh raya Karakoram di Pakistan menjadikan ia salah satu jalan paling bahaya di dunia malah mendapat gelaran keajaiban dunia kelapan.

Gelaran itu diperolehi berdasarkan kesukaran untuk membina lebuh raya dengan jarak keseluruhan 1,300 kilometer (KM) sekali gus paling popular di dunia.

Memetik, World Atlas, pembinaan lebuh raya mendapat kerjasama China dan Pakistan bagi menghubungkan laluan darat kedua-dua buah negara hingga mendapat gelaran ‘lebuh raya persahabatan’.

Sejarahnya, pembinaan lebuh raya Karakoram bermula pada 1959 dengan mengambil masa selama 20 tahun untuk siapkan.

Ketika proses pembinaan, kedua-dua kerajaan negara itu berada dalam pertikaian mengenai lebuh raya susulan masing-masing mahu membinanya di kawasan strategik mereka.

Kerajaan Pakistan ketika itu mahukan laluan ini melalui Mintaka sementara kerajaan China pula mahukan laluan ini melalui kawasan Khunjerab.

Namun akhirnya laluan ini dibina melalui Khunjerab memandangkan kerajaan China dapati bahawa laluan di Mintaka akan memudahkan pengguna laluan ini diserang melalui serangan udara.

Menggunakan kekuatan tenaga manusia seramai 24,000 pekerja dan dipercayai seramai 810 pekerja dari Pakistan dan 200 dari China telah terkorban sewaktu bekerja susulan bencana tanah runtuh dan pelbagai faktor.

Jolokan nama Karakoram kerana terdapat satu bahagian jalan daripada lebuh raya itu akan melalui Gunung Karakoram pada ketinggian 4,714 meter.

Menerusi Iluminasi.com, daripada 1,300 KM lebuh raya ini, kira-kira 806 KM terletak di Pakistan dan selebihnya di China.

Dalam pembinaan lebuh raya ini, kerajaan Pakistan amat bergantung kepada bantuan daripada pasukan angkatan tentera Pakistan kerana keadaan bentuk muka bumi yang merbahaya dan mencabar.

Di Pakistan, lebuh raya ini bermula dari Abbotahad dan laluan ini akan melalui beberapa bandar utama seperti Dasu dan Upal.

Sepanjang laluan ini, pengguna disajikan pemandangan indah sebagai salah satu tarikan pelancong yang terdapat di Pakistan seperti gunung Nanga Parba dan K2 atau dikenali Godwin-Austen atau Chhogori.

K2 merupakan gunung kedua tertinggi di dunia selepas Gunung Everest sementara Nanga Parbat pula adalah gunung kesembilan tertinggi di dunia.

Sehingga kini, laluan itu menjadi tarikan pelancong bagi merasai pengalaman memandu di salah satu lebuh raya tertinggi di dunia malah menikmati keunikannya tersendiri.

Kebiasaanya, pengguna terdiri daripada golongan pendaki gunung dan penunggang basikal.

Dari segi ekonomi, pembinaan lebuh raya ini menjanjikan impak positif kepada kedua buah negara kerana memudahkan penduduk mengakses dari satu lokasi ke lokasi dengan cepat dan mudah.

Dalam pada itu menerusi Twitter Sheharyar Bangaxh telah memuat naik rakaman video lebuh raya Karakoram @TraveloreAdventures yang sungguh menakjubkan.

Warganet rata-rata teruja untuk mencuba laluan unik itu.

Saifulnizam, “Impian aku adalah untuk drive dekat sini!!!…”

Malah ada juga pertanyaan daripada Eqaharea, “berapa kali isi minyak, mesti ada stesen minyak yang dibina di lereng bukit atau tepi jurang? Fuh.”

Walau apa pun tafsiran, lebuh raya Karakoram tetap tersergam indah menjadi salah satu keajaiban dunia yang perlu diterokai. – Sinar Harian

Tags: Karakoramkeajaibanlebuh raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

19/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya bertol di Lembah Klang secara keseluruhannya bergerak lancar setakat jam 2.55 petang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd