• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuntut Hadiah Loteri Jutaan Dolar Pakai Kostum ‘Scream’

oleh
17/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KINGSTON – Seorang pemenang loteri memilih untuk berpakaian putih, bersarung tangan hitam dan bertopeng, meniru dari filem ‘Scream’ tahun 1996, ketika tampil menuntut jutaan dolar yang dimenanginya.

Dia yang hanya dikenali sebagai A Campbell itu dilaporkan menuntut hadiah bernilai lebih 158 juta dolar Jamaica (kira-kira RM4.8 juta) minggu lalu di sebuah hotel di ibu negara Jamaica ini.

Menurut laporan The Washington Post, selepas diisytiharkan pemenang Super Lotto pada November 2018, Campbell mengambil masa 54 hari mengumpul keberanian sebelum menuntut hadiahnya.

Dia malah mengalami sakit kepala dan sakit perut selama beberapa hari memikirkan dia telah memenangi wang dalam jumlah yang besar.

Akhbar Jamaica Star memetik Campbell berkata, dia ingin membeli “sebuah rumah yang cantik” dengan wang yang diperolehinya itu.

“Saya suka mengendalikan wang,” katanya.

Tambahnya lagi: “Saya tidak meminta sedekah atau meminjam. Oleh itu, saya sedang merancang untuk menggunakan duit itu dengan baik.

“Saya mempunyai satu bisnes kecil dan merancang untuk meluaskannya serta membeli sebuah apartmen. Saya suka bila ada wang.”

Tahun lepas di Jamaica, seorang wanita yang memenangi jackpot Super Lotto dilaporkan turut mengenakan topeng dengan emoji muka senyum ketika mengambil hadiahnya.

Simone Clarke-Cooper, penolong naib presiden Komunikasi Korporat Kumpulan di Supreme Ventures dilaporkan berkata, perbuatan memakai kostum semasa menuntut hadiah memang pernah dilakukan sebelum ini.

Supreme Ventures merupakan pengendali loteri itu di Caribbean.

“Di pasaran lain, mereka biasanya tidak memakai kostum. Tetapi di sini, saya rasa mereka melakukannya untuk menjaga keselamatan diri.

“Kami tidak akan menghalang mereka dari melakukannya kerana keselamatan mereka juga amat penting bagi kami.”

Trend ini bukan asing. Di negara lain, seperti China, pemenang loteri hadir dengan kostum beruang panda, bayi dan robot untuk melindungi identiti mereka. – Agensi

Tags: kostumloteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menang Berjuta-Juta Selepas Temui ‘Rahsia’ Loteri

03/02/2019
0

PASANGAN bersara berjaya menang loteri sejumlah AS$26 juta hanya dengan menggunakan aritmetik mudah. Jerry dan Marge Selbee memiliki sebuah kedai...

Alang-Alang Nak Berhenti Kerja…

02/02/2019
0

SAO PAULO - Seorang pekerja bank mengambil peluang hari terakhirnya bertugas selepas meletak jawatan, dengan memakai kostum adiwira Spider-Man. Lelaki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd