• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terpulang Felda Untuk Jual Kepentingan Eagle High

oleh
13/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan campur tangan berhubung keputusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk menjual 37 peratus kepentingan dalam PT Eagle High Plantation kepada Rajawali Group.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata perkara itu perlu diselesaikan secara baik.

“Lembaga pengarah Felda telah melihat perkara ini dengan teliti dan kita (kerajaan) tidak akan campur tangan berhubung keputusan berkenaan. Saya berpendapat kita perlu memberi laluan untuk proses itu berjalan.

“Saya tidak mengetahui secara terperinci, namun langkah yang diambil adalah kita tidak perlu campur tangan mengenai keputusan lembaga pengarah,” katanya kepada pemberita semasa majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia di sini, pada Selasa.

Menurut laporan berita, Felda mahu menyelesaikan janji niaga dengan Rajawali Group dari Indonesia dan menuntut semula US$500 juta.

Difahamkan bahawa pembelian pegangan itu hadir dengan “opsyen jual” untuk syarikat Malaysia itu menjual semula kepentingan ekuiti berkenaan pada harga belian US$505.4 juta, berserta caj faedah tahunan enam peratus, yang perlu ditanggung oleh penjual.

Janji niaga yang dibuat semasa pentadbiran kerajaan terdahulu telah dikritik apabila ia diumumkan, berikutan premium tinggi yang dipersetujui Felda bagi membeli kepentingan tersebut.

Selain itu, Mohamed Azmin mengulangi bahawa projek Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura digantung sehingga Mei 2020.

“Tiada tenaga kerja diperlukan setakat ini dan sehingga kita membincangkan lebih lanjut mengenai jajaran dan reka bentuk baharu projek tersebut,” katanya. – BERNAMA

Tags: FeldaMohamed Azmin Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

14/07/2024
1

SERDANG : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan RM100 juta kepada FELDA untuk menampung kos pengoperasian ladang...

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

08/07/2023
0

Sintok : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian bahawa hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion tidak pernah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd