• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terpaksa Suap Makan Anak Ketagih ‘Game’

oleh
23/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Seorang wanita terpaksa menyuapkan makanan untuk anak lelakinya yang berusia 13 tahun selepas remaja itu bermain permainan video di kafe siber selama 48 jam tanpa henti dan menjamah makan.

Lilybeth Marvel, 37, yang berasal dari Nueva Ecija berkata, dia mula bimbang Carlito Garcia sejak dua tahun lalu selepas anaknya ketagih bermain permainan video dan sering berjaga lewat malam.

Remaja itu dilaporkan sudah berhenti sekolah kerana mahu menumpukan perhatian kepada permainan video kesukaannya, Rules of Survival.

Satu video menunjukkan Lilybeth membawa makanan dan menyuapkan anaknya yang leka bermain permainan video tular baru-baru ini hingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna pengguna media sosial.

“Kasihan anak saya. Kamu lapar? mari makan sayang,” kata wanita itu.

Layanan wanita itu mencetuskan kecaman pengguna media sosial yang beranggapan ia seperti memberi galakkan kepada anaknya tetapi Lilybeth mempunyai alasan sendiri.

“Saya dan suami pernah melarangnya tetapi tidak berjaya. Kami pernah mengurungnya di dalam rumah tetapi dia akan melarikan diri ke kafe siber.

“Kami mencuba pelbagai cara tetapi tidak berjaya kini kami mengambil pendekatan berbeza.

“Saya cuba membuatkan anak saya sedar apapun yang berlaku dalam hidupnya, saya sebagai ibu akan terus menyayangi dan menjaganya.

“Kini kami berusaha untuk menguruskan situasi ini tetapi ia sangat sukar,” katanya. – Agensi

Tags: ketagihPermainan Video
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Baju T Diktator Jadi Duit Di Vietnam

Next Post

Polis Bosan ‘TikTok’ Ketika Bertugas

Related Posts

PS5 Sony Akan Dilancarkan November Ini

17/09/2020
0

SAN FRANCISCO - PlayStation 5 (PS5) Sony yang dinanti-nantikan 'penggemar permainan video' akan dilancarkan pada November ini. Ia sekali gus...

Pemilik Koleksi Permainan Video Terbesar Dunia

06/04/2019
0

RICHMOND - Seorang peminat tegar permainan video telah diiktiraf Guinness World Records sebagai pemilik koleksi permainan video terbesar di dunia...

Next Post

Polis Bosan 'TikTok' Ketika Bertugas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd