• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tchetche Mahu Tamat Kemarau Gol

oleh
28/02/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU: Selepas mengharungi empat perlawanan Liga Super tanpa sebarang gol, penjaring kedua terbanyak Liga Super musim lalu dengan menghasilkan 14 gol, Kipre Tchetche mengakui dia belum lagi tertekan dengan situasi itu.

Sebaliknya penyerang Terengganu FC (TFC) yang menghasilkan dua gol ketika aksi final Piala Malaysia musim lalu sebelum pasukannya tumpas 1-4 menerusi penentuan sepakan penalti di tangan Perak memasang impian menggunung untuk mencetak gol pertamanya musim ini.

Selain itu, kapten kelahiran Ivory Coast yang digelar ‘Drogba Ganu’ itu juga menyatakan hasrat melunaskan misi peribadi pada aksi Liga Super bertemu skuad The Bos Gaurus di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) esok.

“Misi peribadi dan pasukan adalah untuk mencatat kemenangan selepas tewas pada aksi final musim lalu yang begitu perit untuk ditelan, lebih-lebih lagi selepas saya meledak dua gol awal dalam perlawanan yang penuh dramatik sebelum saya diusung keluar pada masa tambahan akibat cedera.

“Jadi bagi saya setiap pasukan yang kami jumpa termasuk empat perlawanan terdahulu ketika bertemu PKNS FC, Pahang, JDT (Johor Darul Tazim) dan Kuala Lumpur, saya sudah berusaha yang terbaik untuk menjaringkan gol bagi membantu pasukan mencatat kemenangan.

“Tapi malangnya saya belum dapat jaringkan gol lagi walaupun adakalanya berpeluang untuk mencetak nama sebagai penjaring, namun saya tegaskan situasi ini belum lagi memberi tekanan kepada saya kerana kami bermain sebagai satu pasukan bukan individu.

“Tunggu Jumaat ini (malam esok) bertemu Perak kerana saya rasa tak jauh dah untuk sampai detik itu (jaring gol) bagi seseorang pemain bola sepak terutama saya pernah menjaringkan gol ketika bertemu pasukan itu musim lalu sama ada dalam liga dan Piala Malaysia,” ujar anak bongsu daripada enam beradik itu.

Pada aksi Liga Super musim lalu, SSINS menjadi saksi apabila pemain paling mahal skuad Penyu berusia 31 tahun itu meledak dua gol buat pasukannya menundukkan Perak 2-0.

“Sebagai pemain yang diberi kepercayaan jurulatih untuk merobek gawang gol lawan, saya harap permulaan hambar bakal bertukar menjadi lebih bersinar dan seterusnya mampu menyuntik semangat kami untuk beraksi lebih baik,” kata Tchetche.

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shamsul Iskandar Baca Talkin Pilihan Raya, “Wahai Pengundi Johor…”

Shamsul Iskandar Baca Talkin Pilihan Raya, “Wahai Pengundi Johor…”

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – "Wahai pengundi-pengundi Johor.. akan datang kepada kamu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN). Janganlah kamu merasa gerun...

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menyifatkan kenyataan Perdana Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd