• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SUV Terhumban Laut: Rakan Mengaku Tak Bersalah

oleh
11/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG bekas pekerja salon mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian, Moey Yun Peng, selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu Yun Peng di Jambatan Pulau Pinang terhumban ke dalam laut pada 20 Januari lepas.

K Vaitheswaran, 21, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan terhadapnya dalam Bahasa Tamil di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap.

Lelaki itu yang memandu kereta Toyota Vios ketika kejadian didakwa menyebabkan kematian rakannya yang juga penuntut kolej swasta, di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai di Bukut Mertajam, pada pukul pada pukul 3.00 pagi pada hari berkenaan.

Vaitheswaran yang kelihatan sentiasa tunduk semasa prosiding djalankan, didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman penjara maksimum 10 tahun, dan denda sehingga RM20,000, dan boleh hilang kelayakan lesen memandu tidak lebih tiga tahun daripada sabitan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya yang juga Pengarah Pendakwaan negeri, Yusaini Amer Abdul Karim memohon kepada mahkamah jaminan RM10,000 terhadap tertuduh dengan seorang penjamin atas faktor keseriusan kesalahan yang dilakukan.

Bagaimanapun peguam S. Parameswaran yang mewakili tertuduh memohon jaminan yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan itu dikurangkan atas alasan anak guamnya kini tidak lagi bekerja.

“Selain itu tertuduh tinggal bersama ibu bapanya dimana bapanya bekerja sebagai pekerja elektrik yang mempunyai pendapatan RM2,500 sebulan manakala ibunya hanya suri rumah,” katanya

Peguam itu kemudiannya meminta jaminan dikurangkan kepada RM5,000 kerana tiada alasan untuk tertuduh melarikan diri dari kes itu dan anak guamnya memberikan kerjasama yang baik kepada polis sepanjang siasatan terhadapnya dilakukan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Mac untuk sebutan kes.

Mahkamah turut merintahkan lesen memandu tertuduh digantung sehingga kes selesai dan mengarahkan tertuduh melapor diri ke balai polis berdekatan sebulan sekali.

Dalam kejadian 2.54 pagi Ahad, SUV Mazda CX-5 yang dipandu Yun Peng terhumban ke laut selepas keretanya terlibat dalam kemalangan dengan kereta jenis Toyota Vios di Kilometer 4, Jambatan Pulau Pinang menghala Perai.

Usaha untuk mengeluarkan kenderaan dan mayat Yun Peng dari dasar laut, mengambil masa lebih 24 jam, dan ia berjaya dikeluarkan pada Selasa petang, 22 Januari.

Mayat Yun Peng yang masih berada di tempat duduk pemandu kenderaan dengan tali pinggang keledarnya masih terpasang, ditemukan dalam SUV yang remuk itu semasa ditarik keluar dari laut pada pukul 6.07 petang. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautSUVToyota Vios
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Apple, Google Dikecam Bantu Diskriminasi Wanita

Next Post

Inkues Adib Bermula Dengan Keterangan 3 Saksi

Related Posts

Dua Beranak Maut Motosikal Hilang Kawalan Bertembung Pacuan Empat Roda

Dua Beranak Maut Motosikal Hilang Kawalan Bertembung Pacuan Empat Roda

05/07/2025
0

TANGKAK – Dua beranak maut dalam kemalangan membabitkan sebuah pacuan empat roda dan motosikal di Kilometer 2.5, Jalan Sialang pada...

Warga Emas Maut, Dua Cedera Nahas Di JRTB Gerik-Jeli

Warga Emas Maut, Dua Cedera Nahas Di JRTB Gerik-Jeli

26/06/2025
0

IPOH - Seorang warga emas maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam nahas dengan sebuah lori...

Next Post

Inkues Adib Bermula Dengan Keterangan 3 Saksi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd