• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Mengaku Letak Patung Berhala Di Surau Klang

oleh
25/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Polis menahan seorang lelaki sebagai suspek 2 kejadian penemuan patung berhala di Surau Sabilul Huda, Taman Pendamar Indah, Pelabuhan Klang yang dilaporkan berlaku pada Rabu dan Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Shamsul Amar Ramli berkata, suspek dipercayai mempunyai masalah mental “gila isim” (mengamalkan ajaran Islam menyimpang) selepas mengaku pernah belajar ilmu agama yang salah di negara jiran.

Suspek berusia 37 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Pendamar Indah pada 6.15 petang semalam.

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis metamfetamin dan mempunyai 2 rekod jenayah lampau, iaitu mendatangkan kecederaan pada 1997 dan kes curi pada 2000.

“Hasil siasatan awal, suspek mengaku meletakkan patung kepercayaan Buddha yang dikenali sebagai ‘Datuk Gong’ kerana mahu mengajak mereka yang menganut agama berkenaan untuk sembahyang di surau terbabit dan 2 lagi patung kepercayaan Hindu turut diletakkan dengan tujuan sama.

“Suspek juga mengaku terbabit meletakkan patung berkenaan secara bersendirian di surau itu dan memaklumkan dia kerap bermimpi melihat Kaabah dikelilingi patung berhala serta percaya perlu bertindak melakukan perkara sama di surau berdekatan rumahnya,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Shamsul Amar berkata, suspek mengaku mengambil patung itu di sebuah tokong kecil berhadapan sebuah rumah dan tempat pembuangan sampah di sekitar kawasan perumahannya.

“Polis akan menjalankan siasatan menyeluruh merangkumi semua aspek dan tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai masalah mental,” katanya sambil menegaskan kes itu tidak membabitkan sensitiviti agama dan perkauman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 259 dan 379 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: gila isimpatung berhala
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penduduk Jumpa Patung Berhala Di Surau

21/02/2019
0

PELABUHAN KLANG - Penduduk Taman Pendamar Indah, gempar apabila dikejutkan dengan penemuan sebuah patung berhala yang diletakkan bersebelahan pintu masuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd