Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

RTP Beri Faedah Besar...

KUCHING – Sejak Projek Transformasi Luar Bandar (RTP), sebuah program berpaksikan rakyat dilancarkan...

Video: Berbuka Makan Ulat...

SEORANG lelaki mengalami pengalaman meloyakan apabila menemui ulat dalam juadah berbuka puasa yang...

Air Arabia Maroc Rasmi...

AGADIR (Maghribi) - Syarikat penerbangan tambang murah Maghribi, Air Arabia Maroc merasmikan pangkalan...

Hari Kebangsaan Bukan Pentas...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Hari Kebangsaan...

Sindiket Pelacuran Guna Aplikasi WeChat Tumpas

JABATAN Imigresen menahan 15 wanita warga asing yang dipercayai terbabit dalam aktiviti pelacuran melalui aplikasi WeChat selepas menggempur sebuah premis di Puchong, Selangor, malam semalam.

Selain 10 wanita Vietnam dan lima warga Indonesia, serbuan yang bermula 7 malam tersebut turut menyaksikan dua lelaki Myanmar serta seorang warga tempatan ditahan, dipercayai menjadi penjaga dan penyelia premis itu.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata wanita berkenaan disediakan tempat tinggal di premis tersebut di mana bilik yang digunakan untuk perkhidmatan seks dilengkapi bilik mandi sendiri.

Premis dua tingkat itu dilengkapi kamera litar tertutup selain pintu bermagnet yang boleh dikawal melalui alat kawalan jauh dan bagi mengaburi pihak berkuasa daripada mengesan laluan di antara tingkat satu dan dua, pintu ke tingkat dua premis dilindungi dengan cermin, katanya.

“Setelah pasukan serbuan memasuki tingkat dua, penjaga premis mematikan bekalan elektrik dan lampu di tingkat itu sebagai amaran kepada wanita warganegara asing yang berada di dalam bilik bersama pelanggan,” katanya.

Khairul Dzaimee berkata premis yang menawarkan perkhidmatan seks pada harga bermula RM178 bagi tempoh 45 minit itu kerap dikunjungi pelanggan asing antaranya warga Belgium, Iran, Jepun dan Korea.

Beliau berkata premis itu turut mempunyai tonto yang selalu berada di luar bangunan bagi mengawasi pergerakan pihak berkuasa dan akan memberi maklumat jika wujud pergerakan pasukan serbuan dan operasi.


“Aktiviti pelacuran itu giat dijalankan walaupun telah beberapa kali diserbu pihak berkuasa, dan warga asing yang terlibat mampu mengumpul wang yang banyak tanpa ada rasa takut kepada pihak berkuasa dan undang-undang,” katanya.

Khairul Dzaimee berkata seramai 11 pelanggan yang berada di dalam premis semasa serbuan turut diberi notis untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata antara kesalahan yang dikenal pasti ialah menyalahgunakan pas atau permit, tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen.

Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Putrajaya dan kes disiasat mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, serta Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, katanya. – BERNAMA

Kategori