• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seseorang Seolah-Olah Dipukul Dan Ditendang – Saksi

oleh
27/02/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Seorang saksi memberi Mahkamah Koroner hari ini, beliau nampak seseorang seolah-olah dipukul oleh perusuh dalam kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu sehingga menyebabkan anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 cedera parah.

Nasaruddin Abdullah, 23, yang memberi keterangan dalam Bahasa Tamil itu memberitahu Mahkamah Koroner hari ini, ketika itu beliau berada beberapa meter dari kumpulan orang ramai yang berkumpul di tepi jalan raya seperti mengelilingi seseorang.

Saksi ke-17 itu menganggarkan kira-kira lima hingga orang dari jumlah lebih kurang 30 orang yang mengelilingi seseorang itu dilihat seperti membuat gerakan memukul dan menendang di bahagian bawah.

Ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Kes Hamdan Hamzah berhubung gerakan itu, Nasaruddin kemudian membuat gaya seperti memukul dan menendang dari dalam kandang saksi.

Hamdan : Bagaimana gerak-geri mereka yang kamu nampak seolah-olah memukul seseorang itu?

Nasaruddin : Saya pasti dan nampak tangan mereka seperti menumbuk ke bawah dan juga nampak seolah-olah tendang sesuatu. Aksi itu juga menghala ke bawah.

Hamdan : Kamu nampak mereka pukul apa?

Nasaruddin : Saya tak tahu mereka memukul apa tetapi seperti sesuatu.

Nasaruddin : Adakah kamu dengar jeritan atau apa saja dari kumpulan 30 orang itu?

Nasaruddin : Saya dengar ada seseorang dalam kumpulan itu menjerit ‘Berani korang (kamu) masuk dalam kuil India!’ dan juga menggunakan kata kesat (mencarut) dalam Bahasa Tamil.

Hamdan : Seterusnya apa yang kamu lakukan?

Nasaruddin : Saya hanya melihat dan turut mendengar ada seseorang menjerit ‘polis… polis…’ sebelum kesemua 30 orang yang berkumpul itu lari ke arah kuil.

Tambahnya, selepas semua lari ke arah kuil beliau mencari rakannya yang dikenali sebagai Karthik dan apabila berpaling semula ke arah tempat orang ramai berkumpul, Nasaruddin ternampak beberapa lelaki sedang mengusung seseorang.

“Saya melihat mereka mengusung seseorang yang memakai seluar bomba dan tidak berbaju. Saya juga nampak ada yang mengambil video ketika mereka mengusung seseorang itu.

“Selepas itu Karthik panggil saya dan kami berlari ke kuil. Keadaan ketika itu seperti mahu hujan. Beberapa minit kemudian kami balik rumah,” katanya dalam prosiding inkues kematian anggota bomba itu di hadapan Koroner Robiah Mohamad.

Sementara itu ketika disoal peguam keluarga Muhammad Adib, iaitu Kamaruzaman Abdul Wahab, mengenai sama ada mendengar atau tidak jeritan ‘kesakitan’ ketika melihat insiden ‘memukul’ dan ‘menendang’, Nasaruddin menjawab tidak.

Selain itu, Nasaruddin berkata, ayat ‘Berani korang (kamu) masuk dalam kuil India’ ditujukan kelada Melayu kerana ketika kata-kata berkenaan didengar, ia seperti ditujukan kepada seseorang yang berada dalam kumpulan orang ramai.

Nasaruddin memberitahu mahkamah bahawa sebelum dirinya ternampak ada aksi seperti memukul dan menendang, beliau juga melihat sendiri keadaan huru-hara di kawasan kuil terbabit.

“Saya nampak insiden lori bomba (Fire Rescue Tender – FRT) berundur selepas diserang orang ramai (perusuh) yang membawa senjata seperti topi keledar, botol dan batu. Ada juga yang naik ke atas lori bomba memukul badan kenderaan itu dan ada yang memecahkan cermin.

“Kemudian saya nampak van (Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan – EMRS) berpusing dan ternampak ada cahaya terang di pintu sisi van. Tetapi tidak tahu sama ada pintu itu tercabut atau tidak. Malah saya tidak nampak sesiapa pun keluar dari van itu,” katanya.

Prosiding inkues bersambung petang ini dengan saksi ke-18, pegawai polis. -BH ONLINE

Tags: BombaJenayahRusuhan Kuilserangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd