• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Separuh Penduduk AS Hidap Penyakit Jantung

oleh
05/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Hampir separuh penduduk Amerika Syarikat (AS) menghidap penyakit jantung, satu peningkatan yang ketara sejak beberapa tahun lalu selepas kadar ukuran tekanan darah tinggi baharu diperkenalkan, menurut Pertubuhan Jantung Amerika (AHA) kelmarin.

Laporan dalam jurnal Circulation mendapati, seramai 121.5 juta orang dewasa di AS menghidap penyakit kardiovaskular yang merangkumi penyakit jantung koronari, kegagalan jantung, strok dan tekanan darah tinggi pada tahun 2016.

Bermula tahun 2017, AHA dan Kolej Kardiologi Amerika mengemas kini bacaan tekanan darah tinggi daripada 140/90 milimeter (mm) merkuri (Hg) kepada 130/80 mm Hg.

“Sebagai salah satu faktor risiko paling ketara dan berbahaya untuk penyakit jantung dan strok, peningkatan tekanan darah tinggi tidak boleh diketepikan daripada persamaan dalam memerangi penyakit kardiovaskular,” kata Presiden sukarelawan AHA, Ivor Benjamin.

Penyakit jantung merupakan pembunuh utama di dunia selepas meragut 17.6 juta nyawa pada tahun 2016. Tahun 2015 pula menyaksikan seramai 17.9 juta orang yang meninggal dunia akibat penyakit jantung.

Bagaimanapun, Amerika Syarikat merekodkan jumlah peningkatan kematian bagi tempoh sama membabitkan penyakit itu.

“Selapas beberapa dekad penurunan secara stabil di AS, kematian penyakit kardiovaskular kini makin meningkat iaitu daripada 836,546 orang pada 2015 kepada 840,678 pada 2016,” menurut laporan itu. – Agensi

Tags: Amerika Syarikatpenyakit jantung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd