Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

PTA Saudi Kagum Prestasi...

MAKKAH - Pihak Berkuasa Pengangkutan Awam (PTA) Arab Saudi kagum dengan prestasi Syarikat...

Bekas Suami Tak Terkesan...

Bekas suami pelakon Izreen Azminda, Muhammad Riza Baharuddin berkata dia langsung tidak terkesan...

Tidak Perlu Berebut Jawatan...

KUALA LUMPUR - "Tidak perlu berebut untuk menjadikan individu tertentu sebagai Perdana Menteri...

MMU Sedia Bantu Adrianna...

CYBERJAYA – Universiti Multimedia (MMU) bersedia menyediakan tempat melanjutkan pengajian dan mempertimbangkan bantuan...

Seakan-Akan Bentuk Telur, Kata Angkasawan Negara

KUALA LUMPUR – “Bumi berbentuk sfera dan bukannya rata atau leper malah lebih tepat berbentuk geosfera.”

Itulah respons angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar di laman sosial Instagramnya mengenai bentuk muka bumi.

Sebelum ini Sheikh Muszaphar dicabar bersumpah oleh seorang bekas penyanyi nasyid kontroversi mengenai bumi ini berbentuk sfera sebaliknya dia mendakwa bumi itu berbentuk mendatar.

Kata beliau, sebagai angkasawan Islam kesembilan yang menerokai angkasa lepas, hatinya terdetik untuk menjawab desas- desus mengenai persoalan tersebut dan menceritakan fakta sebenar.

“Bumi berbentuk sfera atau lebih tepat, berbentuk geosfera. Tidak seperti bola tetapi seakan-akan bentuk telur.

“Setiap manusia perlu ke angkasa lepas sekiranya mempunyai peluang. Pastinya kunjungan anda ke angkasa lepas akan mengubah perspektif anda tehadap kehidupan secara keseluruhannya. Anda pastinya akan percaya dengan ciptaan-Nya. Pengalaman tersebut sangatlah memukau dan menakjubkan,” jelasnya.

Menurut Sheikh Muszaphar, beliau sendiri turut terpegun melihat kebesaran Allah dan sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.


“Mengelilingi bumi sebanyak 16 kali sehari. Setiap 45 minit matahari terbit dan terbenam. Mengelilingi orbit dengan kelajuan 27,000 km/hr. Laungan azan kedengaran seketika.

“Bibir terkumat kamit terpegun dengan kebesaran Ilahi. Melihat bumi dengan mata sendiri. Degupan jantung berhenti seketika. Meremang bulu roma. Mata tidak terkebil.

“Melihat kebesaran Maha Pencipta yang amat sukar untuk digambarkan suasana di angkasa lepas. Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana. Masya-Allah. Subhanallah!” tulisnya lagi.

Tambah angkasawan berusia 47 tahun itu, sukar untuk dirinya mengubah pemikiran orang ramai yang mempercayai bahawa bumi itu berbentuk leper namun beliau tetap berkongsi apa yang dilihatnya dengan matanya sendiri. – K! ONLINE

Kategori