• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Satu Lagi Penutupan Akan Jejaskan Ekonomi AS”

oleh
08/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEMANDANGKAN tarikh akhir bagi mencapai kata sepakat berhubung pembiayaan tembok di sempadan semakin hampir, pakar ekonomi memberi amaran bahawa penutupan kerajaan yang kedua akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS), yang sudahpun terganggu akibat penutupan sebahagian selama 35 hari, lapor agensi berita China Xinhua memetik satu tinjauan The Wall Street Journal (WSJ).

Menurut survei baru-baru ini yang dikeluarkan pada Khamis, hampir 60 peratus peramal ekonomi sektor swasta berkata satu lagi penutupan akan memberi “sedikit” kesan terhadap pertumbuhan ekonomi manakala 16 peratus berkata kesannya adalah “ketara”.

“Penutupan kedua akan mengikis keyakinan pengguna dan perniagaan,” lapor WSJ memetik kenyataan Thomas Kevin Swift, ketua pakar ekonomi Majlis Kimia Amerika.

Penutupan sebahagian kerajaan persekutuan yang mencatat rekod sebagai paling lama dan berakhir pada 25 Jan itu, menyebabkan ekonomi AS mengalami kerugian dianggarkan sebanyak US$11 bilion, menurut laporan Pejabat Belanjawan Kongres (CBO) minggu lepas.

Penutupan lima minggu itu telah mengurangkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar pada suku keempat 2018 sebanyak US$3 bilion atau 0.1 peratus, dan mungkin mengurangkan KDNK pada suku pertama 2019 sebanyak US$8 bilion atau 0.2 peratus, menurut laporan itu.

Meskipun terdapat pemulihan yang dijangka pada suku tahun berikutnya, CBO menganggarkan bahawa kerugian sebanyak US$3 bilion dalam KDNK sebenar tidak dapat dipulihkan.

Ia bersamaan 0.02 peratus daripada KDNK tahunan terunjur pada 2019.

Presiden Donald Trump telah menandatangani satu rang undang-undang dua minggu lepas bagi membiayai kerajaan sehingga 15 Februari, yang memberikan tempoh lebih lama kepada Rumah Putih dan Demokrat untuk berunding tentang isu keselamatan sempadan, kebuntuan yang membawa kepada penutupan sebahagian kerajaan AS paling lama.

Ketika menyampaikan ucapan negara pada malam Selasa, Trump terus mempertahan desakan beliau untuk membina tembok di sempadan AS-Mexico dengan menyatakan bahawa “Saya akan membinanya.”

Presiden itu berkata tembok sempadan dengan Mexico bakal menjadi “satu halangan keluli yang bijak, strategik dan nampak berbayang — bukan sekadar tembok konkrit biasa.”

Jika Rumah Putih dan Demokrat gagal mencapai kata sepakat berhubung pembiayaan tembok sempadan sebelum 15 Februari, kerajaan mungkin berdepan penutupan sebahagian sekali lagi. – BERNAMA

Tags: Amerika Syarikatmexico
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

14/04/2026
0

REMBAU – Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mempertimbang semula tindakan menyekat Selat Hormuz yang dilihat berpotensi menggugat bekalan tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd