• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Salah Orang, Saya Tiada Maklumat Dana RM90 Juta”

oleh
08/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung dakwaan beberapa ahli parti itu, termasuk dirinya menerima dana RM90 juta daripada 1MDB.

Beliau turut mendakwa beberapa individu yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini “tersalah orang”.

“Saya dipanggil (SPRM Kelantan) kerana ada beberapa laporan (kepada SPRM) pasal dana RM90 juta tu lah. Saya fikir mereka yang buat laporan terhadap saya tu salah orang kot. Saya tak ada maklumat pasal dana RM90 juta.

“Saya juga ada sentuh sedikit mengenai rakaman audio (didakwa membabitkan dirinya) dan saya jawab pendek, tak ada kaitan dengan saya, dan sebelum ini, saya dah jawab benda itu adalah karut dan fitnah,” katanya selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Kelantan hari ini.

Terdahulu, Nik Abduh yang juga ahli Parlimen Bachok tiba di Ibu Pejabat SPRM Kelantan seorang diri tanpa ditemani peguam pada 10.20 pagi dan keluar kira-kira 12.30 tengah hari.

Ditanya adakah beliau akan memberi kerjasama kepada SPRM jika dipanggil memberi keterangan selepas ini, beliau berkata: “Mana-manalah…SPRM tu kawan saya, kawan kepada PAS.”

Portal berita semalam melaporkan 3 ahli politik dijangka hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penerimaan RM90 juta disyaki daripada 1MDB yang dikatakan dimasukkan ke akaun beberapa pemimpin PAS.

Difahamkan, ketiga-tiga ahli politik itu daripada pelbagai parti politik, termasuk PAS dan Amanah.

Dua daripada mereka akan memberi keterangan di Ibu pejabat SPRM Putrajaya, manakala seorang lagi di pejabat SPRM Kelantan.

Semua ahli politik tersebut dipercayai pernah berkhidmat di sebuah negeri di pantai timur. – BERNAMA

Tags: Nik AbduhSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd