• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salah laku hakim: Polis rekod keterangan Hamid Sultan

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Dua pegawai polis dari Bukit Aman hari ini hadir ke kamar Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hamid Sultan Abu Backer, bagi merekod keterangan beliau berhubung afidavit sokongan yang diikrarkannya mengenai salah laku hakim Mahkamah Rayuan dan Persekutuan.

Perkara itu dimaklumkan Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdullah yang mewakili Hamid ketika ditemui media di Istana Kehakiman di sini, hari ini.

Mohamed Haniff Khatri, berkata sesi merekod keterangan itu berlangsung selama satu jam 15 minit bermula jam 9 pagi, yang turut dihadiri beliau dan rakan sejawatnya, Datuk Joy W Appukuttan.

Katanya, ia susulan laporan polis yang dibuat Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan berhubung afidavit berkenaan pada 15 Februari lalu.

“Hakim Hamid hanya ditanya satu soalan berhubung kandungan afidavit berkenaan. Beliau bagaimanapun menegaskan pendiriannya yang beliau sedia bekerjasama dan memberi maklumat terperinci dalam forum yang sesuai iaitu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

“Disebabkan kerajaan sudah bersetuju untuk menubuhkan RCI, justeru adalah yang terbaik untuk RCI bersidang dan beliau memberikan butiran lanjut pada RCI,” katanya.

Mohamed Haniff Khatri berkata, Peguam Negara, Tommy Thomas wajar menasihatkan pihak berkuasa seperti polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menghentikan siasatan sementara menunggu RCI berkenaan bersidang.

Pada 15 Februari lalu, badan kehakiman membuat laporan polis berhubung pendedahan Hakim Hamid mengenai dakwaan campur tangan terbuka badan itu, membabitkan salah laku hakim Mahkamah Rayuan dan Persekutuan.

Pendedahan itu dibuat melalui afidavit sokongan yang diikrarkan sehari sebelumnya, dalam saman pemula difailkan anak mendiang Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo, terhadap Ketua Hakim Negara. -BH ONLINE

Tags: kes mahkamahmahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Media Lapor Kenderaan Bawa Najib Keluar Penjara Kajang Ke Mahkamah

Media Lapor Kenderaan Bawa Najib Keluar Penjara Kajang Ke Mahkamah

10/11/2026
0

KAJANG - Kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilaporkan keluar dari pekarangan Kompleks Penjara...

Mahkamah Boleh Keluarkan Perintah Baharu Hari Ini, Tidak Perlu Bicara Hanya Pinda Ayat  – Isham Jalil

Mahkamah Boleh Keluarkan Perintah Baharu Hari Ini, Tidak Perlu Bicara Hanya Pinda Ayat – Isham Jalil

10/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang kini bersama PAS, Isham Jalil berpandangan mahkamah yang sama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd