Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Jurutera JKR Direman Rasuah...

SHAH ALAM - Seorang jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) direman selama dua hari...

Anih Berhad Edar Kurma,...

KUANTAN - Syarikat konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Anih Berhad akan mengedarkan 20,000...

Austria Sasar Tarik Banyak...

KUALA LUMPUR - Austria berhasrat menarik lebih banyak syarikat Malaysia melabur di negara...

Fizz Fairuz, Almy Nadia...

EHEMMM… Khabarnya isteri kepada pelakon, Datuk Fizz Fairuz iaitu Datin Almy Nadia mengandung...

Ringgit Tidak Berubah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR – Ringgit tidak berubah berbanding dolar AS pada awal dagangan berikutan para pelabur menunggu pengumuman data prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2018 dan suku keempat oleh Bank Negara Malaysia, hari ini.

Pada 9 pagi ini, unit tempatan itu berada pada 4.0650/0700 berbanding dolar AS daripada 4.0650/0690 sewaktu ditutup semalam.

Seorang peniaga berkata, data KDNK yang akan diumumkan itu akan menunjukkan prestasi keseluruhan ekonomi negara pada tahun lepas.

“Angka itu juga akan memaparkan kestabilan ekonomi, asasnya serta prospek masa depan,” katanya.

Menyentuh faktor luaran beliau berkata, rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China pada hari ini dan esok dijangka berakhir secara baik dan menyuntik sentimen positif terhadap pasaran global.

“Bersandarkan data KDNK yang baik dan asas-asas ekonomi yang kukuh serta faktor luaran yang positif, saya percaya ringgit boleh meningkat lebih tinggi kepada paras 4.03 sehingga 4.04 menjelang akhir bulan ini,” katanya.


Selain itu, ringgit turut diniagakan mengukuh berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9905/9946 daripada 2.9982/0016 dan mengukuh berbanding yen kepada 3.6635/6690 daripada 3.6724/6764 sewaktu ditutup semalam.

Ringgit turut meningkat berbanding euro kepada 4.5780/5857 daripada 4.6016/6073 dan tinggi berbanding pound Britain kepada 5.2247/2316 daripada 5.2382/2437, semalam. – BERNAMA

Kategori