• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rayuan Dr. M Cabar Pelantikan Bekas Hakim Ditolak

oleh
25/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk meneruskan permohonan semakan kehakimannya untuk mencabar pelantikan 2 bekas hakim tertinggi.

Panel 3 hakim yang dipengerusikan Datuk Abdul Rahman Sebli berkata responden dalam rayuan ini, bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak lagi memegang jawatan perdana menteri untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong.

“Rayuan itu menjadi berulang dan menjadi sia-sia seperti mana yang diakui peguam perayu,” kata Abdul Rahman.

Panel lain ialah Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Hasnah Mohamed Hashim.

Dr. Mahathir diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Haniff kemudian memberitahu pemberita bahawa beliau akan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Peguam Kanan Persekutuan, Alice Loke mengingatkan mahkamah bahawa kes itu diselesaikan oleh peristiwa.

Beliau berkata Dr. Mahathir sebagai perayu mendakwa Najib menasihati Agong untuk membatalkan pelantikan Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.

Peguam Steven Thiru, yang muncul sebagai kawan mahkamah bagi pihak Majlis Peguam, berkata Dr. Mahathir mempunyai hak yang sah untuk memulakan tindakan sama seperti mana-mana warganegara lain di negara ini.

“Isu ini (pelantikan Raus dan Zulkefli) bukanlah bersifat akademik dan kami berpendapat Mahkamah Persekutuan melanggar undang-undang,” katanya.

Thiru berkata Mahkamah Rayuan boleh mendengar rayuan tersebut dan memutuskan sama ada Mahkamah Tinggi betul dalam mengisytiharkan perkara itu sebagai bersifat akademik.

Pada 24 September, panel 6 anggota Mahkamah Persekutuan menolak untuk merujuk 4 persoalan perlembagaan berhubung kesahan pelantikan Raus dan Zulkefli dalam kes yang difailkan oleh Badan Peguam Malaysia dan Persatuan Peguambela Sarawak selepas memutuskan bahawa isu itu bersifat akademik memandangkan Raus dan Zulkefli sejak itu telah melepaskan jawatan mereka.

Dr. Mahathir memfailkan permohonan bagi kebenaran untuk semakan kehakiman pada 9 Ogos dengan menamakan Najib, kerajaan dan Raus sebagai responden, untuk mendapatkan perintah mandamus memaksa perdana menteri (Najib) dan kerajaan segera memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan atau menamatkan pelantikan Raus sebagai Ketua Hakim Negara untuk tempoh selama 3 tahun lagi bermula 4 Ogos.

Pada 27 September, Dr. Mahathir memfailkan permohonan yang sama, menamakan Najib, kerajaan dan Zulkefli sebagai responden, untuk mencabar pelantikan dan pelanjutan tempoh khidmat presiden Mahkamah Rayuan. – FMT

Tags: bekas hakimMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd